• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Polis buat hal di sekatan jalan raya PKP? Ini apa yang boleh anda lakukan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:09 am
  • 15/02/2021
  • Komen
COVID-19: PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya bermula 14 Oktober 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Ada dua berita sensasi di lokasi sekatan jalan raya semasa cuti Tahun Baru Cina 2021 ini. Kedua-duanya melibatkan perempuan. Kes pertama  dia dihubungi polis yang menahannya katanya untuk suai kenal melalui WhatsApp dan insiden yang kedua adalah pegawai yang menahannya perasan yang dia tidak memakai baju dalam.

Sehingga sekarang, kesahihan berita itu masih belum dipastikan dan PDRM maklumkan yan gpihaknya sedang menyiasat dakwaan tersebut.



Tapi ia tidak menghalang Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal, pensyarah undang-undang di UKM mengingatkan orang ramai supaya peka dengan hak-hak yang melindungi rakyat sewaktu di sekatan jalan raya.

Menurut beliau, saman boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa sekiranya anda gagal mempamerkan kad pengenalan ataupun kad lesen memandu kepada pegawai yang memintanya. Namun, ia tidak bermakna pihak berkuasa boleh menahan ada atas kesalahan itu. Polis juga tidak miliki kuasa untuk meminta nombor telefon anda untuk apa tujuan sekalipun diluar peruntukan undang-undang.



Sekiranya anda rasakan berlakunya salah laku semasa di sekatan jalan raya, anda boleh:

  • Catatkan lokasi sekatan jalan raya
  • Nombor pengenalan uniform
  • Bekalkan kedua-dua info semasa lakukan laporan polis

Walau bagaimanapun, rakyat juga diingatkan yang mereka juga miliki tanggungjawab mereka yang tersendiri. Memang mengutuskan berita-berita sebegini di laman sosial mampu jadikannya tersebar jauh, malahan perhatian juga boleh didapati terhadap pengutusnya.

Namun, adalah tidak adil untuk tidak memberi peluang kepada yang dituduh untuk membela diri. Sekiranya dakwaan yang dilemparkan benar, maka tindakan tegas akan diambil berlandaskan peruntukan undang-undang. Tapi, sekiranya pembuktian gagal, pengutus pula yang berdepan dengan tindakan undang-undang kerana melakukan dakwaan palsu.

Sumber: MalayMail

Bacaan berkaitan

Adakah polis boleh semak telefon bimbit orang awam secara rambang?
Tags: pdrmpkpPolis
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

COVID-19: PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya bermula 14 Oktober 2020

Polis buat hal di sekatan jalan raya PKP? Ini apa yang boleh anda lakukan

15 February 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER