• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Berasal dari Malaysia, Yee Sang dipaparkan sebagai Doodle Google

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:30 pm
  • 18/02/2021
  • Komen
Berasal dari Malaysia, Yee Sang dipaparkan sebagai Doodle Google
Share on FacebookShare on Twitter

Sebut sahaja Tahun Baru Cina, sudah tentu terdetik di dalam fikiran individu mengenai Yee Sang, makanan itu merupakan antara yang sinonim dengan sambutan perayaan tersebut.

Bagi menyemarakkan suasana Tahun Baru Cina, Google Doodle hari ini meraikan Yee Sang, salad ikan mentah Malaysia yang secara tradisional dinikmati pada Tahun Baru Cina. Doodle itu dipaparkan pada laman utama enjin carian Google.



Google kongsi maklumat tentang Yee Sang

Melalui Twitter rasmi Google Malaysia, Google ada menyediakan pautan untuk individu mengetahui lebih lanjut tentang makanan bermusim ini.

Hari ini, melalui sebuah Doodle Google, kami meraikan salah satu hidangan bermusim penuh tuah yang, berasal dari Malaysia – Yee Sang🥢

Pelajari tentang hidangan yang melambangkan kemakmuran dan kekayaan ini ➡️: https://t.co/d8rNE3fzAK#GoogleDoodle #YeeSangDoodle pic.twitter.com/f7sUy5b2t9

— Google Malaysia (@GoogleMsia) February 17, 2021

Perkongsian itu merangkumi cara Yee Sang dinikmati, sejarah tentangnya dan juga ramuan penyediaan Yee Sang.



Menariknya, makanan tradisi ini ada pelbagai variasi gabungan bahan. Salah satu gabungan Yee Sang yang sering didapati terdiri daripada ikan mentah, halia, lobak cincang, lobak putih, pomelo, daun bawang, diakhiri dengan kacang hancur dan digaul sebati bersama beberapa jenis minyak dan rempah.

Google sedia aktiviti

Selain itu, jika anda menggemari teka-teki carian perkataan, atau anda ada pengalaman menemui bahan-bahan Yee Sang yang menarik sepanjang hidup, anda boleh sertai aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung di akaun Twitter rasmi Google Malaysia.

📢 We’re giving away limited #YeeSangDoodle tees to a lucky winner in the next hour!

Find all the hidden ‘YEE SANG’ in the word search puzzle that we'll be posting at 1 PM, in the fastest time.

See image for full details 👀 pic.twitter.com/KtCTsRd0yG

— Google Malaysia (@GoogleMsia) February 18, 2021

Ia akan berlangsung pada 18 Februari, dari 1:00 tengah hari hingga 5:00 petang. Pemenang yang bertuah akan menerima hadiah terhad iaitu baju T-Shirt Doodle Yee Sang.

[Sumber: Google]

Tags: Google
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Berasal dari Malaysia, Yee Sang dipaparkan sebagai Doodle Google

Berasal dari Malaysia, Yee Sang dipaparkan sebagai Doodle Google

18 Februari 2021
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

20 Jun 2022
Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

17 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER