• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Bayar cukai taksiran MBSA dengan mudah melalui aplikasi SnapNPay

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:58 pm
  • 19/02/2021
  • Komen
Bayar cukai taksiran MBSA dengan mudah melalui aplikasi SnapNPay
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperkenalkan kaedah baharu untuk individu membayar cukai taksiran, iaitu melalui aplikasi SnapNPay. Ini merupakan alternatif baharu kepada penduduk di Shah Alam untuk membayar cukai selain perlu beratur di kaunter pembayaran.

Melalui aplikasi ini, pengguna hanya perlu imbas kod QR atau kod bar yang tertera pada bil cukai taksiran menggunakan kamera peranti. Seterusnya proses pembayaran akan disambungkan kepada portal perbankan internet.



Pembayaran cukai taksiran MBSA bagi penggal pertama 2020 adalah sebelum atau pada tarikh 28 Februari depan. Maka, adalah lebih mudah kepada individu untuk melakukan pembayaran menerusi aplikasi ini sahaja.

Selain kemudahan cukai taksiran, ada banyak lagi fungsi lain yang disediakan di dalam aplikasi itu.



Fungsi lain dalam SnapNPay

Di dalam aplikasi SnapNPay, pengguna boleh memilih lebih daripada 10 saluran bayaran. Antaranya ialah:

  1. i-Sedekah
  2. Zakat
  3. Waqaf
  4. Majlis Agama Islam Negeri
  5. Pembayaran pihak berkuasa tempatan
  6. Pembayaran pendidikan
  7. Agensi kerajaan
  8. Pembayaran Perubatan
  9. Kedai
  10. Pembayaran penguatkuasaan
  11. PIBG

Cara bayar untuk semua fungsi adalah sama, imbas kod QR atau kod bar yang ada pada bil setersunya anda akan disambungkan kepada sistem pembayaran. Melalui aplikasi ini juga, anda boleh melihat semula transaksi yang sudah anda lakukan dengan tekan pada imej iras jam yang tersedia di bahagian bawah.

Dengan kemudahan yang ada ini, pengguna boleh melakukan sebarang pembayaran dengan pantas tanpa perlu ada wang tunai ditangan. Anda boleh muat turun aplikasi SnapNPay secara percuma melalui App Store atau Play Store.

[Sumber: Utusan]

Tags: SnapNPay
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Bayar cukai taksiran MBSA dengan mudah melalui aplikasi SnapNPay

Bayar cukai taksiran MBSA dengan mudah melalui aplikasi SnapNPay

19 February 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN