• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Mate X2 tinggalkan rekaan lama dan ikuti jejak Samsung

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:42 am
  • 24/02/2021
  • Komen
Huawei Mate X2 tinggalkan rekaan lama dan ikuti jejak Samsung
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei dan Samsung adalah dua antara yang terawal memperkenalkan telefon boleh lipat. Terdapat perbezaan ketara dengan pendekatan yang digunakan kedua-dua jenama ini. Huawei Mate X dulu, daripada paparan besar, ia dilipat ke belakang manakala Galaxy Fold dilipat ke depan.

Namun, untuk Mate X2, Huawei nampaknya lebih selesa mengikut penyelesaian Samsung untuk peranti boleh lipat. Itulah yang dipamerkan sewaktu pengumuman Huawei Mate X2 di China baru-baru ini.



Paparan utama tanpa lubang ataupun takuk

Pada Mate X2, pengguna beroleh pengalaman melihat skrin dengan bingkai penuh tanpa gangguan lubang kamera selfie ataupun takuk. Ia menampilkan paparan OLED sebesar 8.01”. Ukurannya hampir petak (8:7.1) dan miliki resolusi 2480×2200 bersama-sama refresh rate setingg 90Hz.

Dalam keadaan berlipat, skrin sekunder telefon ini miliki ukuran 6.45”, menggunakan panel OLED pada resolusi 2700×1160. Ia tetap miliki kadar segar semula 90Hz. Boleh anda lihat yang Huawei tidak berkompromi pada segi paparan Mate X2.



Kamera selfie terdapat di penjuru kiri paparan sekunder dalam lubang berbentuk oval.

Rekaan lebih nipis tanpa senggang pada lipatan

Antara isu yang dihadapi oleh penghasil telefon dengan skrin fleksibel boleh lipat adalah semasa dilipat, akan ada senggang di bahagian berhampiran engsel telefon.

Namun, Huawei seperti berjaya selesaikan pada Mate X2. Mereka membandingkan Mate X2 dengan Galaxy Fold Z2.

Satu lagi ciri menarik pada rekaan Mate X2 adalah terdapat kecerunan merentasi badannya. Sekiranya anda pegang secara melintang sewaktu terbuka, anda akan dapati ketebalan di bahagian paling kiri telefon lebih nipis berbanding bahagian kanan, tempat komonen kamera utama berada.

Bahagian paling tebal Mate X2 ada ukuran 14.7mm ketebalan manakala di bahagian paling nipis adalah 8.2mm ketebalan.

Kelim lipatan yang lebih tak ketara

Isu kedua yang dihadapi Huawei dalam penghasilan telefon boleh lipat adalah untuk menyembunyikan kesan kelim pada lipatan paparan. Namun, pada Mate X2, kelimnya lebih tak ketara berbanding produk-produk sebelum ini. Bukan saja lebih baik daripada produk sendiri, mereka katakan yang ia 40% lebih baik berbanding pesaingnya.

Ia hasil penggunaan engsel berasaskan Zirkonium yang lebih kukuh. Jadi lebih minimum komponen perlu digunakan dan sudut lipatan boleh dipertingkat. Huawei memberitahu yang engsel telefon ini lebih kuat daripada palang B sebuah Volvo XC90.

Lebih menarik, engsel telefon ini juga mengandungi komponen berasaskan serat karbon untuk mengurangkan berat sehingga 75%.

Spesifikasi Huawei Mate X2

Setakat ini, Huawei Mate X2 hanya dijual di pasaran China pada harga seperti berikut:

  • Mate X2 256GB – RMB 17,999 (~RM11,255)
  • Mate X2 512GB – RMB 18,999 (~RM11,880)

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: HuaweiHuawei Mate X2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Huawei Mate X2 tinggalkan rekaan lama dan ikuti jejak Samsung

Huawei Mate X2 tinggalkan rekaan lama dan ikuti jejak Samsung

24 February 2021
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN