• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Senam lebih dan kawal gula, 36% rakyat Malaysia turun berat badan ketika PKP

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:12 pm
  • 25/02/2021
  • Komen
Senam lebih dan kawal gula, 36% rakyat Malaysia turun berat badan ketika PKP
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu kajian oleh World Population Review 2019, didapati bahawa Malaysia mempunyai kelaziman obesiti tertinggi dalam kalangan orang dewasa di Asia Tenggara iaitu pada kadar 15.6 peratus.

Tanpa disangka, ketika rakyat Malaysia berada di rumah sepanjang pandemik Covid-19 melanda, kajian menunjukkan bahawa ramai yang mengalami penurunan berat badan atau semakin kurus.



Senam dan kawal pengambilan gula

Satu kajian mengenai diet dan kesihatan ketika Covid-19 telah dijalankan oleh Ipsos. Kajian ini melibatkan tinjauan terhadap 22,008 wawancara dalam talian. Ia dijalankan antara 23 Oktober dan 6 November tahun 2020. Tinjauan itu melibatkan individu dewasa berusia 16 hingga 74 tahun di 30 pasaran negara.

Dalam laporan kajian itu didapati bahawa, 36 peratus responden Malaysia, bersenam lebih daripada biasa, ketika PKP.



Bukan itu sahaja, mereka turut mengawal minuman bergula dan penggunaan gula di dalam makanan. Perkara ini merupakan sesuatu yang bertentangan dengan trend kenaikan berat badan di seluruh dunia.

Sumber

Di samping itu, hasil kajian menunjukkan bahawa, ketika perintah kawalan pergerakan di kuatkuasakan, sebanyak 36 peratus dalam kalangan rakyat Malaysia telah menurunkan berat badan, sementara 19 peratus menambah berat badan dengan rata-rata 4.8kg.

Kurang sedia kurangkan pengambilan karbohidrat

Tambahan lagi, di dalam tinjauan itu mendapati bahawa 45 peratus daripada mereka berusaha menurunkan berat badan, 64 peratus berusaha mengurangkan minuman bergula, berdiet 63 peratus dan lebihkan bersenam adalah sebanyak 61 peratus.

Walau bagaimanapun, Ipsos mengatakan bahawa rakyat Malaysia kurang bersedia untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi dan roti, berbanding dengan negara lain yang bersedia mengurangkan gula dan karbohidrat dalam makanan mereka.

  • Sumber
  • Sumber

[Sumber: MalayMail]

Tags: COVID-19Ipsos
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Senam lebih dan kawal gula, 36% rakyat Malaysia turun berat badan ketika PKP

Senam lebih dan kawal gula, 36% rakyat Malaysia turun berat badan ketika PKP

25 February 2021
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER