• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Clue akan ada fungsi kawal kelahiran, tetapi bukan semua wanita boleh gunakannya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:22 pm
  • 02/03/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi menjejak kitaran haid, Clue, mengumumkan bahawa pihaknya sudah terima pelepasan dari Food and Drug Administration (FDA) untuk fungsi kawalan kelahiran digital. Menurutnya, fungsi ini dapat membantu pengguna mencegah kehamilan hanya berdasarkan tarikh permulaan datang haid.

FDA juga menentukan bahawa fungsi ini selamat dan berkesan kerana ia hampir serupa dengan produk yang sudah ada di pasaran.



Fungsi kawalan kelahiran digital

Syarikat itu merancang untuk melancarkan kawalan kelahiran digitalnya dalam tahun ini. Fungsi itu dikatakan 92% berkesan untuk mencegah kehamilan yang tidak diingini ketika digunakan meskipun ada kesalahan ketika penggunaan. Selain itu, ia berkesan 97% jika digunakan dengan sempurna.

Kaedah statistik yang digunakan ini pada mulanya dikembangkan dan diuji oleh penyelidik di Institut Kesihatan Reproduktif di Universiti Georgetown dan sebuah syarikat bernama Cycle Technologies. Ia kemudian diperoleh oleh Clue pada tahun 2019.



Kriteria pengguna

Ketua Pegawai Eksekutif Clue, Audrey Tsang mengatakan bahawa, fungsi ini hanya untuk individu berusia 18 hingga 45 tahun dan mempunyai aturan haid biasa sahaja.

Sekiranya seseorang tidak memenuhi syarat atau kitaran haid tidak teratur, aplikasi ini akan menyingkirkan mereka.

Justeru, apabila fungsi ini ada kelak, pengguna boleh menjadikannya salah satu pilihan jika tidak mahu menggunakan alat kawalan kelahiran hormon atau kaedah lain.

Ciri sedia ada dalam Clue

Aplikasi Clue memerlukan sedikit latar belakang kitaran haid anda, sebelum anda boleh mengakses cirinya. Antara maklumat yang diperlukan ialah, tarikh akhir datang haid, panjang kitaran haid dan masalah berkaitan haid jika ada.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh ketahui anggaran tarikh haid bakal tiba dan juga simptom berulang yang dihadapi apabila haid hampir tiba. Ciri ini juga akan kongsikan kitaran khas haid anda yang sudah direkodkan.

Namun, setelah saya mencuba aplikasi ini, apa yang saya boleh simpulkan ialah, aplikasi ini melakukan anggaran sahaja. Tidak semestinya semua maklumat yang dinyatakan adalah tepat.

Oleh itu, untuk cuba fungsi baru itu nanti pengguna perlu ada kitaran haid yang teratur dan ikut arahan dengan sempurna untuk dapatkan kesan yang diingini. Hal ini kerana statistik Clue mengatakan bahawa ketepatannya hanya 97% dan tidak menjamin 100% berjaya.

[Sumber: TheVerge]

Tags: CLUE
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Clue akan ada fungsi kawal kelahiran, tetapi bukan semua wanita boleh gunakannya

2 March 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN