• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digital Nasional Berhad, dilantik sebagai syarikat pembangun & pengurus 5G di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:17 am
  • 02/03/2021
  • Komen
Saifuddin Abdullah arah peruntukkan jalur 5G 700MHz kepada 5 syarikat
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berteka-teki beberapa minggu, kerajaan kini mengumumkan senarai Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekkutif (CEO) untuk Syarikat Bertujuan Khas (SPV) Kerajaan Malaysia, yang akan membangun dan menguruskan rangkaian 5G di Malaysia. Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan bahawa Malaysia akan mula menggunakan 5G pada hujung tahun ini, menerusi perancangan MyDigital.

Seperti maklumat dalaman yang telah tersebar sebelum ini, Augustus Ralph Marshall, bekas pengurusan tertinggi Astro & Maxis, telah dilantik sebagai CEO Digital Nasional Berhad (DNB), syarikat SPV kerajaan yang diwujudkan untuk menguruskan 5G. Senarai penuh Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah DNB pula adalah seperti berikut:



Pengerusi
– Dato’ Asri Hamidon (Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan)

Ahli Lembaga Pengarah
– Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail (Ketua Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri)
– Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi
– Dato’ Muthanna Abdullah

Ketua Pegawai Eksekutif
– Encik Augustus Ralph Marshall

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, menerangkan bawah lantikan ini menggabungkan profesional dengan pengkhususan di dalam sektor-sektor seperti kewangan awam, penguatkuasaan telekomunikasi, teknologi maklumat, telekomunikasi dan perundangan. Ia adalah gabungan kemahiran dan pengalaman yang tepat untuk membina, memiliki dan menguruskan rangkaian 5G Malaysia untuk pelancaran komersil seluruh negara. Ahli pengurusan kanan DNB akan diumumkan kemudian, dalam masa terdekat.

DNB akan menjadi pemilik tunggal perkhidmatan 5G di Malaysia menerusi model borong, untuk memastikan ia telus dan dilaksanakan dengan lebih baik. Semua pemain perkhidmatan telekomunikasi akan mendapat akses terbuka, adil dan setara di dalam mendapatkan perkhidmatan rangkaian 5G secara borong untuk pembangunan perkhidmatan runcit berlandaskan teknologi 5G ini.



Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Kewangan berkata, “Adalah sangat penting untuk kita melancarkan pelan rangkaian 5G segera, secara sistematik dan profesional untuk memacu inisiatif pertumbuhan negara melalui MyDigital, yang bertujuan untuk memastikan kemajuan sosio-ekonomi dan keterangkuman bagi semua rakyat Malaysia. Kita tidak boleh ketinggalan di kala seluruh dunia pantas menggunapakai teknologi seperti kecerdasan buatan, kenderaan pandu sendiri, robotik, Internet of Things (IOT), pengkomputeran awan dan digital twin untuk terus mencipta peluang baru bagi pertumbuhan masa hadapan. Tahniah kepada mereka yang telah dilantik, yang secara keseluruhannya merupakan gabungan bakat dan pengalaman yang amat sesuai bagi memastikan akses saksama kepada keupayaan 5G untuk rakyat dan perniagaan.”

“Bagi membantu Malaysia mencapai aspirasi 5G negara, Kerajaan berharap dapat bekerjasama dengan sektor swasta di dalam industri telekomunikasi domestik. Dengan fokus DNB kepada pelaburan infrastruktur 5G, pemain sektor swasta dapat menumpukan usaha mereka kepada penyampaian produk dan perkhidmatan yang lebih baik, tanpa dibebani oleh pelaburan yang besar, atau perbelanjaan modal yang bertindih dengan Kerajaan. Ini adalah satu situasi yang memanfaatkan semua pihak, termasuk pengusaha telekomunikasi, perniagaan dan pengguna, demi penumpuan usaha ke arah penyediaan 5G menjelang akhir 2021,” tambah Tengku Zafrul.

[Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia]

Tags: 5gDNBTengku Zafrul
Najib

Najib

POPULAR

Saifuddin Abdullah arah peruntukkan jalur 5G 700MHz kepada 5 syarikat

Digital Nasional Berhad, dilantik sebagai syarikat pembangun & pengurus 5G di Malaysia

2 March 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER