• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wajarkah benarkan basikal dibawa naik keretapi? Salurkan pendapat anda di kaji selidik KTMB

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:53 pm
  • 03/03/2021
  • Komen
Wajarkah benarkan basikal  dibawa naik keretapi? Salurkan pendapat anda di kaji selidik KTMB
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk peminat aktiviti sukan berbasikal, mungkin ini satu berita gembira buat anda. KTM Berhad sedang membuka kaji selidik mengenai perkhidmatan khas koc basikal hujung minggu yang akan diperkenalkan oleh mereka.

Tujuan kaji selidik ini dilakukan adalah untuk mengetahui persetujuan orang ramai mengenai penyediaan perkihdmatan tersebut. Tetapi kaji selidik ini bukanlah untuk KTM Komuter.



Kaji selidik ini bermula pada 1 Mac yang lalu dan akan berakhir pada 3 Mac 2021.

Berdasarkan soalan yang disediakan dalam kaji selidik itu, ia memberi petunjuk bahawa koc ini seperti akan bergerak dari Kuala Lumpur, Butterworth, Kluang dan JB Sentral menuju ke beberapa destinasi di Negeri lain.



Berbeza dengan KTM komuter yang hanya beroperasi di Lembah Klang dan dibenarkan di luar waktu puncak sahaja.

Walaupun begitu, individu diberi juga peluang untuk menulis laluan lain yang menjadi pilihan mereka di dalam ruangan kaji selidik ini.

Panduan bawa basikal naik keretapi

Mengikut kepada pautan panduan membawa basikal menaiki ktm komuter ini, ia mungkin akan dijadikan panduan kepada koc ktm lain nanti.

A. Panduan umum

  1. Pemilik basikal bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan basikal masing-masing.
  2. Pastikan basikal tidak menghalang laluan dan pintu pada setiap masa.
  3. Basikal tidak boleh ditinggalkan tanpa pengawasan.
  4. Guna koc pertama atau terakhir, atau mana-mana di antara koc ini yang kurang sesak.
  5. Dilarang menaiki basikal setelah berada di lobi stesen, platform atau di dalam tren
  6. Caj minima untuk membawa basikal akan dikenakan. Pembayaran boleh dilakukan di kaunter tiket sebelum memasuki kawasan berbayar.

B. Syarat membawa basikal lipat semasa naiki tren waktu puncak

  1. Basikal lipat perlulah dilipat sentiasa semasa berada di stesen dan di dalam tren.
  2. Roda basikal perlu ditutup jika basah atau kotor.
  3. Mana-mana bahagian basikal yang terdedah dan berkemungkinan membahayakan penumpang yang lain harus ditutup.

Jika ia mendapat sambutan yang memberangsangkan, mungkin koc basikal akan beroperasi tidak lama lagi. Bersetuju atau tidak dengan perkhidmatan ini, anda boleh memberi maklum balas di sini.

[Sumber: KTM]

Tags: KTM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Wajarkah benarkan basikal  dibawa naik keretapi? Salurkan pendapat anda di kaji selidik KTMB

Wajarkah benarkan basikal dibawa naik keretapi? Salurkan pendapat anda di kaji selidik KTMB

3 March 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN