• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kriket paling banyak dicari bulan Februari, diikuti bola sepak melibatkan Man United & Liverpool

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:11 am
  • 04/03/2021
  • Komen
Kriket paling banyak dicari bulan Februari, diikuti bola sepak melibatkan Man United & Liverpool
Share on FacebookShare on Twitter

Google kongsikan 10 carian popular di Malaysia sepanjang bulan Februari 2021. Oleh kerana beberapa perlawanan sukan sudah berlangsung, 5 daripada 10 carian paling banyak ialah mengenai sukan dan ia diikuti dengan carian drama. Paling tidak disangka, perlawanan sukan kriket berada pada tangga pertama dalam carian ini, disusuli perlawanan bola sepak.

1. England vs India / Ind vs Eng

Hasil carian ini menunjukkan peminat sukan kriket sentiasa ingin tahu tentang aksi jelajah England di India. Ketika sukan ini berlangsung, kemenangan berpihak kepada India dalam pusingan Test kedua dan ketiga. Masing-masing menang dengan 317 larian dan 10 wiket. Ini menjadikan mereka lebih berpeluang memasuki pusingan akhir di World Test Championship.



2. Leicester City vs Liverpool / Man United vs Southampton / West Brom vs Man United / Man United vs Everton

Dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) ini, Manchester United mengalahkan Southampton 9-0, tetapi seri melawan West Brom dan Everton. Sementara itu, Liverpool kehilangan tempat untuk mengekalkan status juara England setelah tewas 3-1 kepada Leicester.

3. Man United vs West Ham / Everton vs Tottenham

Piala FA Inggeris telah memperlihatkan Manchester United dan Everton bekerja keras untuk mara ke suku akhir apabila The Red Devils menjaringkan 1-0 menentang West Ham. Manakala The Blues meraih kemenangan 5-4 menentang Tottenham pada masa tambahan.



4. Barcelona vs PSG / RB Leipzig vs Liverpool

Liga Juara-Juara Eropah UEFA antara yang ramai cari pada bulan Februari lalu. Dalam perlawanan itu, Barcelona kalah berdepan dengan PSG. Ini sekaligus menjadikan ia pasukan Perancis pertama yang menang di Camp Nou dalam sejarah Champions League (Liga Juara-Juara).

5. Niat puasa Rejab

Tarikh 1 Rejab pada tahun ini jatuh kepada 13 Februari 2021. Setiap amal baik yang dilakukan pada bulan itu dikatakan akan digandakan pahalanya. Ia termasuklah amalan berpuasa. Kerana itulah ramai yang mencari tentang niat puasa Rejab.

6. Go Go Squid 2: Dt. Appledog’s Time

Ini merupakan drama siri china diadaptasi dari novel dalam talian, A Fish in a Secret Room. Ia dibintangi oleh Yitian Hu dan Li Yi Tong. Drama ini berkisar pada dua individu yang jatuh cinta ketika dalam proses mengejar impian mereka.

7. Aku Yang Kau Gelar Isteri

Drama melayu genre seram ini mula ditayang pada 17 Februari 2021 menggantikan drama rantaian Takdir Yang Tertulis. Antara barisan pelakon ialah Sharifah Sakinah, Adi Putra dan Nadia Brian. Ia mengisahkan hubungan suami isteri yang goyah selepas kehadiran rakannya yang membawa mistik dan dendam lama yang terpendam.

8. New Zealand vs Australia

Lawatan Australia ke New Zealand menyaksikan pasukan New Zealand memenangi T20I pertama dan kedua. Ini menjadikan peminat pasukan kriket Australia lebih berharap untuk baki siri lima perlawanan yang dijadualkan pada minggu pertama Mac.

9. Hi, Mom

Filem komedi china ini dikeluarkan pada 12 Februari 2021. Ia menampilkan Jia Leng yang merupakan pengarah dan juga pelakon pada masa yang sama. Tema filem ini merangkumi cinta, keluarga dan menghormati ibu bapa. Selain itu, filem Hi, Mom merupakan yang keempat laris di pasaran China dengan box office RM2.7 bilion.

10. Rosliza Ibrahim

Rosliza Ibrahim berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk diisytiharkan sebagai bukan Muslim. Perkara itu di diputuskan setelah mahkamah tidak mempunyai bukti bahawa ibunya seorang Buddha yang memeluk Islam atau ibu bapa kandungnya berkahwin dengan cara Islam.

Tags: Googlegoogle search
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Kriket paling banyak dicari bulan Februari, diikuti bola sepak melibatkan Man United & Liverpool

Kriket paling banyak dicari bulan Februari, diikuti bola sepak melibatkan Man United & Liverpool

4 March 2021
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER