• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Muslim Pro hadirkan ciri penjejak zikir & audio terjemahan, ia sesuai digunakan menjelang Ramadan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:38 pm
  • 05/03/2021
  • Komen
Muslim Pro hadirkan ciri penjejak zikir & audio terjemahan, ia sesuai digunakan menjelang Ramadan
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi Muslim Pro terkenal dengan ciri utamanya seperti waktu solat, azan, Al-Quran, panduan masjid & restoran Halal, kompas kiblat, kalendar Hijrah Islam, pengiraan Zakat dan beberapa lagi ciri tambahan lain.

Kini, aplikasi itu memperkenalkan dua ciri baru kepada penggunanya bersempena dengan bulan Ramadan. Dua ciri tersebut adalah penjejak zikir dan audio terjemahan Al-Quran.



Ciri ini boleh digunakan pada bila-bila masa sama ada pada waktu lapang atau pun selepas menunaikan solat.

Penjejak zikir

Dengan adanya ciri ini, pengguna boleh menetapkan misi kiraan zikir setiap hari dan menjejaknya dalam ciri Tasbih yang tersedia dalam aplikasi ini.



Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu tekan pada gambar tasbih setiap kali berzikir. Angka pada skrin akan menunjukkan jumlah kiraan zikir yang dilakukan oleh pengguna.

Selain itu, apabila ditekan, akan ada audio tasbih yang boleh didengar, namun fungsi ini boleh ditutup jika anda tidak memerlukannya.

Audio terjemahan Al-Quran

Melalui ciri Al-Quran, pengguna Muslim Pro kini boleh mendegar audio terjemahan Al-Quran dalam pelbagai bahasa. Audio terjemahan ini akan dimainkan tepat selepas bacaan Arab bagi setiap ayat.

Teknologi teks-ke-ucapan ini adalah ciri tambahan untuk terjemahan Al-Quran dan pengguna boleh mencari pilihan “bacaan audio tersedia” di bawah terjemahan tertentu untuk mengetahui terjemahan yang mempunyai ciri bacaan audio yang baru.

Namun, tidak semua bahasa mempunyai ciri ini. Apabila saya cuba aktifkan ciri audio, ia tidak boleh ditekan. Mungkin kerana terjemahan yang saya gunakan ialah Bahasa Melayu.

World Quran Month

Muslim Pro merancang sebuah acara membaca Al-Quran sedunia bertujuan untuk menyatukan seluruh umat Islam. Dalam pada masa yang sama, ia juga diadakan untuk mendorong individu membaca Al-Quran.

Acara ini merupakan sebahagian daripada kempen World Quran Month Muslim Pro pada bulan Ramadan kelak. Individu boleh mengambil bahagian hanya dengan menggunakan aplikasi Muslim Pro. Maklumat lanjut akan tersedia tidak lama lagi.

Jika anda pengguna Muslim Pro, ini merupakan ciri yang sangat membantu untuk meningkat ibadat anda. Namun, selain aplikasi ini, anda boleh juga menggunakan ciri terjemahan pada aplikasi lain seperti Noor dan Qalby.

Tags: Muslim Pro
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

1 December 2025
Infinix umum kerjasama Pininfarina, bakal lancar Note 60 Ultra dengan rekaan premium Itali

Infinix umum kerjasama Pininfarina, bakal lancar Note 60 Ultra dengan rekaan premium Itali

4 December 2025
Muslim Pro hadirkan ciri penjejak zikir & audio terjemahan, ia sesuai digunakan menjelang Ramadan

Muslim Pro hadirkan ciri penjejak zikir & audio terjemahan, ia sesuai digunakan menjelang Ramadan

5 March 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

3 December 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER