• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Neelofa akan lancar aplikasi gaya hidup Muslim komprehensif, TheNoor

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:49 am
  • 23/11/2020
  • Komen
Neelofa akan lancar aplikasi gaya hidup Muslim komprehensif, TheNoor
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama berteka-teki dengan peminat, akhirnya pengacara dan usahawan tanah air Neelofa mendedahkan tentang aplikasi keluarannya, TheNoor. Menurut Neelofa, TheNoor adalah sebuah aplikasi gaya hidup Muslim komprehensif. Ia merangkumi semua aspek kerohanian dan kehidupan harian.

Aplikasi TheNoor hadir dengan 4 ciri asas iaitu:

  1. Waktu solat
  2. Arah Kiblat – Bukan sahaja memberi petunjuk kiblat, ciri ini juga membantu untuk mencari masjid yang terdekat dalam kawasan sekitar.
  3. Pemain media Al-Quran – Ia didatangkan dengan beberapa pilihan pembaca dengan tiga audio mode bacaan yang berbeza.
  4. Terjemahan Al-Quran – 5 pilihan bahasa terjemahan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan Indonesia. Pengguna boleh memilih bahasa yang difahami dan gabungkan dengan suara pilihan termasuklah suara Neelofa sendiri. Pilihan bahasa yang lain akan menyusul pada masa akan datang.

Menariknya lagi, TheNoor mempunyai fungsi lain seperti pembayaran zakat, platform e-dagang dan pengurusan wasiat. Ia juga merupakan aplikasi bersifat premium yang boleh dimuat turun secara percuma seumur hidup. Neelofa juga menjelaskan bahawa dia mahu menambah ciri e-Wallet di dalam TheNoor bagi memudahkan pengguna pada masa akan datang.



Aplikasi TheNoor masih belum dilancarkan buat masa ini. Namun ia akan menemui pengguna pada tahun 2021. Pastikan anda sentiasa mengikuti laman media sosial rasmi TheNoor di Twitter, Facebook dan Instagram untuk mendapatkan perkembangan aplikasi ini dari masa ke semasa.

Sebelum ini, umat Islam dikejutkan dengan isu aplikasi Muslim Pro apabila ia dilaporkan menjual data pengguna kepada pihak lain di Amerika Syarikat. Diharapkan aplikasi TheNoor ini selamat dan tidak mengulangi langkah yang sama seperti Muslim Pro. Semoga TheNoor boleh dijadikan alternatif rujukan dan dapat memberi manfaat kepada pengguna Muslim lebih daripada aplikasi Muslim yang lain.



[Sumber: BH, Instagram]

Tags: NeelofaTheNoorTheNoorNeelofa
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Neelofa akan lancar aplikasi gaya hidup Muslim komprehensif, TheNoor

Neelofa akan lancar aplikasi gaya hidup Muslim komprehensif, TheNoor

23 November 2020
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
TIPS: Cara sembunyikan gambar dalam iPhone & lindunginya dengan Face ID

TIPS: Cara sembunyikan gambar dalam iPhone & lindunginya dengan Face ID

25 Januari 2023
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER