• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C21 adalah jelmaan Realme C12, pada harga lebih murah

  • OLEH Najib
  • 11:40 am
  • 05/03/2021
  • Komen
Realme C21 adalah jelmaan Realme C12, pada harga lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan satu lagi telefon pintar kelas permulaan mereka, Realme C12. Ia turut mula dijual hari ini, 5 Mac 2021 dari semua pengedar sah Realme.

Hanya ada satu varian Realme C21 yang dijual di Malaysia, dengan RAM 3GB dan storan dalaman 32GB pada harga RM 499. Tiada promosi jualan hari pertama diumumkan untuk Realme C21.



Terdapat dua warna boleh dipilih untuk Realme C21, antara hitam dan biru. Pembeli yang berminat membeli Realme C21 dalam talian, boleh mengunjungi Stor Rasmi Realme di Lazada.

Spesifikasi

Realme C21 sebenarnya adalah telefon yang serupa dengan Realme C12 yang dilancarkan tahun lepas, menambahkan kekusutan model Realme yang ada di pasaran Malaysia. Jika anda meneliti, dalam lingkungan harga RM499 ke RM599, terdapat 4 model Realme.



Perbezaannya, hanya satu atau dua, untuk dijadikan alasan kenaikan harga. Rupanya juga semua sama. Realme C11 misalnya, dibuang pengimbas capjari dan 1 kamera belakang, untuk jadikannya paling murah.

Untuk Realme C21, kekurangan padanya membuatkannya lebih murah RM30 berbanding Realme C12 adalah bateri lebih kecil iaitu 5,000mAh. Perkara lain semuanya sama, termasuk sokongan pengecas 10W melalui mikroUSB.

Cip pemproses yang digunakan oleh Realme C21 adalah Mediatek Helio G35, dipadankan bersama RAM LPDDR4x 3GB dan storan dalaman 32GB. Kad mikroSD diterima untuk penambahan storan, di samping boleh memuatkan dua kad sim serentak.

Skrinnya berukuran 6.5-inci HD 720p dari jenis LCD, dengan takuk kecil di atas memuatkan kamera hadapan 5MP F2.2. Di belakang, ia dipasang tiga kamera iaitu kamera utama 13MP F2.2, kamera hitam putih 2MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4. Pengimbas capjari juga terdapat di belakang.

Realme mengenakan kemasan berbentuk X di belakang, dipanggil kemasan Cross. Ia diinspirasikan dari jam masa pasir di dalam kaca.

Maklumat lanjut mengenai telefon ini boleh ditelusuri di laman produk Realme C21.

Tags: Realmerealme c21
Najib

Najib

POPULAR

Realme C21 adalah jelmaan Realme C12, pada harga lebih murah

Realme C21 adalah jelmaan Realme C12, pada harga lebih murah

5 March 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN