• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Tiktok tambah ciri Q&A, pemilik akaun dapat beza komen soalan dan komen biasa dari penonton

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:06 pm
  • 05/03/2021
  • Komen
Telefon pintar dari TikTok? Biar betul!
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila terlalu banyak komen di sesebuah video TikTok, adakalanya pemilik akaun sukar untuk melihat satu per satu respon daripada penonton, apatah lagi untuk menjawab apa-apa persoalan.

Oleh itu, pasti menjadi satu kesukaran bagi pemilik video dan penonton untuk berkomunikasi, lebih-lebih lagi ketika video siaran langsung.



Ciri Q&A

Bagi memudahkan penonton dan pemilik video berinteraksi, TikTok menambah satu ciri baru dikenali sebagai Q&A. Ciri ini dilihat memudahkan pengguna bertanya soalan kepada sesebuah akaun lain mengenai kandungan video yang dikongsikan.

Melalui ciri ini, pengguna boleh menetapkan ruang komen mereka sebagai ruang soalan Q&A (soal jawab). Komen penonton yang bertanyakan soalan akan berada di bahagian atas, manakala komen biasa beradi di bahagian bawah.



Ia secara tidak langsung akan memudahkan pencipta untuk mengenal pasti dan menjawab soalan dengan cepat dalam komen video mereka.

@tiktok

The new Q&A feature is now here to help you ask or answer any questions. Try it out now!

♬ original sound – TikTok

Cara respon Q&A

Akaun yang mengaktifkan ciri ini akan ada pautan Q&A pada profil TikToknya. Pautan tersebut akan membawa pengguna kepada sebuah halaman yang mengandungi semua soal jawab.

Pemilik akaun boleh memberi respon kepada soalan dengan menaip atau membalas dalam bentuk video.

Ciri ini juga boleh digunakan dalam video live. Ia memudahkan pencipta kandungan untuk melihat soalan Q&A dengan cepat kerana komen soalan akan muncul lebih jelas berbanding komen biasa.

Oleh itu, pemilik video boleh menjawab soalan secara umum untuk terus berhubung dengan pengikutnya.

Cara komen guna ciri Q&A

Ciri ini hadir pada skrin penonton di bahagian bawah kanan sesebuah video. Anda hanya perlu tekan imej yang bertanda soal untuk bertanya soalan kepada pemilik akaun.

Apabila sudah menulis soalan, komen anda akan berada di bahagian atas sekali pada ruangan komen.

Ciri ini hanya tersedia untuk pengguna dengan akaun pencipta (creator accounts). Untuk menghidupkan ciri ini, anda boleh ikut cara di bawah:

  1. Pergi ke bahagian privasi dan tetapan
  2. Pilih Creator
  3. Tekan Q&A dan tekan pilihan butang Turn on Q&A untuk mengaktifkan ciri ini.

Untuk tukar akaun kepada akaun pencipta pula, anda boleh ikut cara di bawah:

  1. Tekan Manage account pada bahagian tetapan
  2. Pilih Switch to Creator Account

Namun, anda perlu pastikan bahawa akaun TikTok anda sudah dikemaskini kepada versi yang terbaharu untuk mencuba ciri ini.

Secara tuntasnya, ciri ini membolehkan penonton dan pencipta video berinteraksi dengan lebih mudah. Ia juga memudahkan individu membezakan soalan dan komen biasa.

[Sumber: TikTok]

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Telefon pintar dari TikTok? Biar betul!

Tiktok tambah ciri Q&A, pemilik akaun dapat beza komen soalan dan komen biasa dari penonton

5 March 2021
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER