• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 9 dengan teknologi Hasselblad tempah 23 Mac 2021 untuk munculkan diri

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:38 pm
  • 08/03/2021
  • Komen
OnePlus 9 dengan teknologi Hasselblad tempah 23 Mac 2021 untuk munculkan diri
Share on FacebookShare on Twitter

3 Mac 2021, Pete Lau suruh kita tunggu 8 Mac 2021 untuk pengumuman. Setibanya pada hari yang dikatakan, mereka cuma umumkan bilakah mereka akan umumkan OnePlus 9.

Tanda calendar anda kerana OnePlus 9 akan dilancarkan pada 23 Mac 2021 jam 10 malam waktu Malaysia. Antara yang dinantikan peminat mereka tentu sekali pengenalan kerjasama pengeluar telefon itu dengan Hasselblad.



Beberapa keping gambar didakwa sebagai OnePlus 9 tertiris dalam Internet

Menurut OnePlus, mereka akan belanjakan lebih USD 150 juta dalam jangka masa 3 tahun untuk bangunkan teknologi kamera yang bakal didukung OnePlus 9 ini. Jadi, jangkakan hanya yang terbaik daripada kamera yang akan diumumkan ini.

Nama Hasselblad bukanlah nama asing dalam pengimejan telefon. Dulu, mereka pernah jalinkan kerjasama dengan Motorola untuk hasilkan Hasselblad True Zoom Moto Mods sekitar tahun 2016.



Maklumat rasmi tentang OnePlus 9 masih kurang. Menurut spekulasi, ada 3 varian yang akan diperkenalkan iaitu OnePlus 9R, OnePlus 9, dan OnePlus 9 Pro.

Spesifikasi OnePlus 9R, varian paling rendah dalam keluarga ini adalah seperti berikut:

  • Snapdragon 690
  • Skrin FHD, 90Hz, 6.5”
  • Kamera utama 64MP
  • Bateri 5,000mAh

Untuk varian flagship, jangkakan spesifikasi seperti berikut:

  • Snapdragon 888
  • Skrin QHD 120Hz
  • Pengecasan pantas 65W
  • Kamera berteknologi Hasselblad
Tags: HasselbladOnePlusOnePlus 9
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OnePlus 9 dengan teknologi Hasselblad tempah 23 Mac 2021 untuk munculkan diri

OnePlus 9 dengan teknologi Hasselblad tempah 23 Mac 2021 untuk munculkan diri

8 March 2021
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN