Buat individu yang sudah menerima sepenuhnya suntikan vaksin Covid-19, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat memutuskan bahawa mereka boleh berkumpul di kawasan dalam bangunan (indoor), dengan individu lain yang diberi vaksin tanpa memakai topeng muka.
Individu dianggap divaksinasi sepenuhnya selepas dua minggu menerima dos kedua vaksin Pfizer BioNTech.
Pemakaian topeng muka dikhalayak ramai
Meskipun sudah menerima vaksin, orang ramai masih perlu memakai topeng muka ketika berada di khalayak ramai dan semasa berinteraksi dengan orang yang belum diberi vaksin.
Mereka yang mendapat vaksin sepenuhnya juga boleh berkumpul secara indoor dengan individu yang tidak divaksinasi. Namun individu itu mestilah berisiko rendah jangkitan Covid-19.
Contohnya, seorang warga emas telah disuntik vaksin, dia boleh mengunjungi anak-anaknya yang belum diberi vaksin. Namun, anak-anak itu perlulah tergolong dalam kalangan individu yang berisiko rendah untuk kes Covid-19.
Tidak perlu kuarantin jika menjadi kontak rapat
CDC mengatakan bahawa individu yang diberi vaksin sepenuhnya tidak harus dikarantin jika mereka terdedah kepada seseorang yang mengalami Covid-19. Kecuali jika mereka mengalami gejala.
Ada beberapa variasi virus yang mudah tersebar dijumpai di beberapa negeri dan vaksin kurang berkesan terhadap beberapa varian ini. Ada kemungkinan seseorang yang diberi vaksin boleh menyebarkan virus ini kepada orang lain. Namun, kemungkinannya lebih kecil dibandingkan seseorang yang belum divaksin.
Walaupun begitu, ini merupakan berita yang diuar-uarkan di Amerika Syarikat sahaja. Buat masa ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum mengeluarkan apa-apa arahan mengenai pemakaian topeng muka selepas individu mendapat vaksinasi.
Namun begitu, menjadi satu kesukaran juga untuk mengetahui sama ada individu lain sudah mengambil vaksin atau belum. Maka, untuk mengelakkan sebarang risiko, adalah lebih baik untuk individu memakai topeng muka pada setiap masa.
[Sumber: TheVerge]