• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemain Malaysia ini tewaskan lawan dari Jepun dan muncul juara EA SPorts Fifa Global

  • OLEH Najib
  • 11:06 am
  • 12/03/2021
  • Komen
Pemain Malaysia ini tewaskan lawan dari Jepun dan muncul juara EA SPorts Fifa Global
Share on FacebookShare on Twitter

Ahmad Akmal Abdul Rafil, seorang atlet Esukan Malaysia telah berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila mencipta sejarah sebagai juara Kelayakan ke-2 EA Sports Fifa Global Series, Rantau Asia Timur. Beliau menewaskan Tsakt dari Jepun yang mewakili pasukan Blue United eFC.

Akmal, 20 tahun, mewakili pasukan Klasiko eSports dalam pertandingan ini. Ia juga adalah kali pertama beliau menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa.



Akmal membawa pulang hadiah berupa wang tunai USD 5,000 (~RM20,532) sebagai juara. Kemenangannya adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana beliau dilabel sebagai ‘underdog’ dalam menentang pemain terbaik dari rantau Asia Timur.

EA Sports Fifa Global Series adalah pertandingan peringkat serantau di mana pemain menentang satu sama lain setiap bulan. Pemain terbaik peringkat serantau dan liga domestik, akan layak menyertai peringkat akhir Kejuaraan Serantau Fifa 21 Global Series, sebagai pemain Playoff.



Menurut Akmal, di dalam permainan Fifa Ultimate Team (FUT), pemain boleh memilih pemain dari liga berlainan dan berbeza era di dalam pasukan. Pemain juga boleh membelanjakan wang untuk mendapatkan pemain impian dan barangan lain di dalam pek Fifa FUT. Cara ini digunakan oleh pemain profesional di seluruh dunia untuk pertandingan utama.

Dia menewaskan wakil 🇯🇵, @tsakt2525 6-2 (agg.) dari @BlueUnitedeFC yang merupakan salah seorang juara #FIFAeClubWorldCup baru-baru ini.

Team yang @_ahmdakmal guna pun boleh dikatakan biasa-biasa je. 😅 Pemain 🇲🇾 pertama yang meraih kejayaan ini! #FGS21 #KamiTeamMalaysia

— Team Malaysia (@TeamMsia) March 7, 2021

Walaupun begitu, Akmal memilih untuk menggunakan pasukannya sendiri di dalam pertandingan ini. Ia disebabkan kekangan kewangan kerana beliau masih belajar di Uniten. Pasukannya yang diberi nama ‘Road To Glory’, dibina sepanjang beliau bermain tanpa menggunakan wang. Pemainnya diperoleh dari ganjaran di dalam permainan.

Akmal menyertai pasukan Klasiko eSports sejak 2019 dan pernah menyertai pertandingan lain seperit Counter-Strike dan Call of Duty. Beliau meminati pasukan Chelsea dan bermain FIFA sejak sekolah rendah.

[Sumber: Malay Mail]

Tags: Ahmad Akmal Abdul RafilEA Sports Fifa Global Seriesfifa
Najib

Najib

POPULAR

Pemain Malaysia ini tewaskan lawan dari Jepun dan muncul juara EA SPorts Fifa Global

Pemain Malaysia ini tewaskan lawan dari Jepun dan muncul juara EA SPorts Fifa Global

12 March 2021
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN