• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia perkenal platform e-dagang mesra muslim: Shop with Ikhlas

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:03 pm
  • 15/03/2021
  • Komen
AirAsia perkenal platform e-dagang mesra muslim: Shop with Ikhlas
Share on FacebookShare on Twitter

Ikhlas merupakan sebuah platfrom perniagaan dalam talian terbaru di bawah AirAsia. Ia memberi akses kepada komuniti Muslim untuk melakukan amalan dengan mudah contohnya seperti sedekah, qurban dan akikah.

Kini, Ikhlas menambah satu lagi ciri baru buat pengguna iaitu platform e-dagang, Shop with Ikhlas. Platform ini menawarkan pelbagai produk mesra muslim antaranya ialah sejadah, telekung, makanan kering, makanan siap dibungkus, daging segar halal, produk kecantikan, makanan tambahan kesihatan, buku, produk seni islam, pakaian, barangan cenderamata Ikhlas dan banyak lagi.



Diskaun produk dan kempen

Bersempena dengan kehadiran platform ini, Ikhlas menawarkan diskaun 10% untuk produk di Shop with Ikhlas dari 15 sehingga 31 Mac 2021. 

Selain itu, Ikhlas turut melancarkan kempen Mystery Box dan semua pelanggan layak menyertainya. Berikut merupakan cara penyertaan:



  1. Muat naik video anda bersama barangan atau perkhidmatan yang dibeli melalui laman web Ikhlas di Instagram.
  2. Sertakan hashtag #ikhlasmsyterybox pada caption video
  3. Tag Instagram Ikhlas @ikhlasdotcom dan lima rakan anda.
  4. Kongsikan mengapa anda menggunakan produk dan perkhidmatan Ikhlas melalui video itu.

Penyertaan hanya dibuka dari 20 Mac hingga 30 April 2021. Hanya dua puluh pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima Mystery Box bernilai RM300 setiap satu.

Membeli sambil menderma

Untuk setiap pembelian item melalui Shop with Ikhlas, sebahagian daripada bayaran anda akan didermakan kepada perkhidmatan sedekah Ikhlas. Wang itu kemudian akan digunakan untuk membeli barangan keperluan komuniti yang memerlukan di seluruh negara.

Selain itu, para pelanggan juga dapat mengumpul 2 mata BIG untuk setiap RM1 yang dibelanjakan melalui platform ini dari 15 hingga 31 Mac 2021. 

Cara membeli di Shop with Ikhlas

Untuk membeli item di Shop with Ikhlas, anda boleh ikut cara di bawah:

  1. Log masuk ke laman sesawang Ikhlas menggunakan e-mail dan password akaun AirAsia anda.
  2. Pergi ke ciri shop
  1. Pilih item yang anda mahukan dan tekan add to cart
  2. Tekan imej basket di bahagian atas kanan untuk lihat item yang sudah anda pilih
  3. Tekan check out
  4. Isi butiran and dan lakukan pembayaran

Shop with Ikhlas menyediakan penghantaran ke seluruh negara. Para peniaga yang berminat untuk menyertai platform ini boleh menghubungi pihak Ikhlas melalui [email protected]. 

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif akan datang, anda boleh layari laman sesawang rasmi Ikhlas, atau laman sosialnya di Instagram dan Facebook.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsiaIkhlas
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AirAsia perkenal platform e-dagang mesra muslim: Shop with Ikhlas

AirAsia perkenal platform e-dagang mesra muslim: Shop with Ikhlas

15 March 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER