• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Amazfit Malaysia hantar teaser pelancaran produk baru hujung Mac 2021

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:26 am
  • 16/03/2021
  • Komen
Amazfit Malaysia hantar teaser pelancaran produk baru hujung Mac 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Amazfit Malaysia ingin tempah 23 Mac 2021 daripada anda kerana mereka akan umumkan satu produk baru pada hari tersebut. Tidak banyak maklumat yang dikongsikan pihak mereka selain satu imej yang mengandungi tarikh pelancaran beserta gambar latar yang mungkin ataupun tidak, bertindak sebagai klu.

Kalau ia adalah klu, gambar tersebut Nampak seperti tali jam tangan model T Rex. Ia selari dengan angin spekulasi yang kencang tentang Amazfit T Rex Pro yang sudahpun ada video buka kotaknya daripada seorang YouTuber Turkey.



Dengan anggapan yang 23 Mac 2021 ini adalah hari pelancaran T Rex Pro, anda boleh jangkakan beberapa naik taraf minimum berbanding T Rex asal. Antaranya adalah:

  • Sensor nadi dinaik taraf kepada BioTracker PPG Gen. 2 dan kini boleh menganalisis SpO2
  • Ketahanan air dipertingkat kepada 10 ATM..
  • Hayat bateri bila guna GPS dipanjangkan kepada 40 jam daripada 20.

Lain-lain ciri nampaknya dikekalkan seperti:



  • Skrin AMOLED 1.3” peka sentuhan
  • GPS + GLONASS
  • Bluetooth 5.0/BLE

Harga T Rex di Malaysia sekarang ialah RM499. Di Eropah sana, maklumat yang tertiris mengatakan yang T Rex Pro akan terima tanda harga EUR170, EUR20 lebih mahal berbanding T Rex asal sewaktu pelancaran.

Kalau perbandingan relative dilakukan, anda mungkin melihat pada harga sekitar RM550 untuk T Rex Pro bila ia masuki Malaysia kelak.

Sumber: GSMArena

Tags: amazfitamazfit t rexamazfit t rex pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Amazfit Malaysia hantar teaser pelancaran produk baru hujung Mac 2021

Amazfit Malaysia hantar teaser pelancaran produk baru hujung Mac 2021

16 March 2021
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN