• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Intel banjiri pasaran 2021 dengan 29 CPU desktop baru, tapi kenapa?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:52 am
  • 17/03/2021
  • Komen
Intel banjiri pasaran 2021 dengan 29 CPU desktop baru, tapi kenapa?
Share on FacebookShare on Twitter

Intel telah umumkan produk CPU baru mereka dan saya yakin yang ini adalah pengumuman SKU paling banyak sekali gus dalam sejarah Intel. Mereka hamburkan CPU merentasi kategori, daripada Core i9, i7, i5, i3 hinggalah ke Pentium.

Barisan CPU Intel Gen. 11 Rocket Lake ini dibangunkan daripada mikrosenibina Cypress Cove. Mikrosenibina ini adalah variasi kepada Sunny Cove yang disuaikan kepada litografi 14nm daripada 10nm.



Ada pelbagai naik taraf yang menarik pada generasi kali ini berbanding terdahulu, tapi yang ketara ialah:

  • Prestasi-per-clockspeed dipertingkat antara 10% hingga 19%
  • GPU berasaskan Intel Iris XE
  • Sokongan DisplayPort 1.4a dan HDMI 2.0b
  • Mampu tampung DDR4-3200 secara natif

Berikut adalah senarai SKU yang diumumkan Intel mengikut kategori.



Core i9 & i7

  1. i9-11900K
  2. i9-11900KF
  3. i9-11900
  4. i9-11900F
  5. i9-11900T
  6. i7-11700K
  7. i7-11700KF
  8. i7-11700
  9. i7-11700F
  10. i7-11700T

Kalau anda tengok pada SKU CPU ini, model yang ditandakan dengan K bermakna anda boleh overclock secara manual manakala yang ada tanda F bermakna ia tidak didatangkan dengan GPU terbina (iGPU). Sifir ini sama merentasi semua produk Intel Gen. 11 yang dilancarkan.

Core i5

  1. i5-11600K
  2. i5-11600KF
  3. i5-11600
  4. i5-11600T
  5. i5-11500
  6. i5-11500T
  7. i5-11400
  8. i5-11400F
  9. i5-11400T

Buat SKU yang ditandakan huruf T, ia menunjukkan yang CPU itu jimat tenaga. Dalam edisi kali ini, ia miliki TDP serendah 35W.

Core i3 & Pentium Gold

  1. i3-10325
  2. i3-10305
  3. i3-10305T
  4. i3-10105
  5. i3-10105F
  6. i3-10105T
  7. Pentium Gold G6605
  8. Pentium Gold G6505T
  9. Pentium Gold G6405
  10. Pentium Gold G6405T

Dalam barisan Core i3 dan Pentium Gold, mereka diberikan konfigurasi teras/thread antara 2/4 hingga 4/8. Sokongan RAM juga lebih lapuk untuk 2021 iaitu DDR4-2666Mhz.

Kenapa Intel lancarkan banyak varian CPU?

Saya tertarik dengan satu komen pemerhati pasaran ini tentang kenapa sampai 29 SKU Intel lancarkan serentak.

Jawapannya ialah mungkin untuk mengisi kekosongan yang AMD cipta. Produk CPU AMD sekarang berdepan dengan kemarau kerana agak susah untuk dapatkannya dalam pasaran. Ia sesuatu yang tak pelik kerana AMD juga menghasilkan produk semikonduktor untuk konsol permainan PS5 dan Xbox Series X, selain GPU desktop siri Radeon mereka.

Sumber: Intel, Anandtech

Tags: Intelintel core i3intel core i5intel core i7intel core i9
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Intel banjiri pasaran 2021 dengan 29 CPU desktop baru, tapi kenapa?

Intel banjiri pasaran 2021 dengan 29 CPU desktop baru, tapi kenapa?

17 March 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN