• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A72 & A52: Duo midrange berbaloi telah kembali

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:47 pm
  • 17/03/2021
  • Komen
Samsung Galaxy A72 & A52: Duo midrange berbaloi telah kembali
Share on FacebookShare on Twitter

Anda masih ingat duo Galaxy A71 dan A51? Mereka adalah dua telefon yang saya letakkan dalam kategori “value for money” antara RM1000-RM2000.

Walaupun spesifikasi mentahnya tewas kepada beberapa model pesaing, tapi ia ada kelebihan daripada segi fungsi tambahan seperti Samsung Pay dan sistem operasi yang hampir sifar iklan.



Untuk tahun 2021, Samsung telah kemas kini duo ini menerusi Galaxy A72 dan Galaxy A52.

Samsung Galaxy A72

Penghulu dalam kalangan tiga telefon yang dilancarkan pada kali ini miliki paparan sebesar 6.7”, sama seperti A71 yang lalu. Walaupun kedua-duanya diberikan panel Super AMOLED FHD+, paparan A72 ada kelebihan sebab refresh rate padanya telah dipertingkat kepada 90Hz.



Paparan Infinity-O masih dikekalkan penggunaannya dan begitu juga kamera selfie 32MP.

Masih tentang kamera, bahagian belakang ada empat buah kamera. Komponen kamera kali ini mengambil intipati daripada siri Galaxy S21. Berikut adalah sepsifikasi kamera belakang Galaxy A72.

  • Kamera utama 64MP F1.8 OIS
  • Kamera ultralebar 12MP F2.2
  • Kamera telephoto 3x zum optikal 8MP F2.4
  • Kamera makro 5MP F2.4

Konfigurasi ini saling tak tumpah seperti A71, cumanya kamera depth telah digantikan dengan kamera telefoto.

Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 720G. Atas kertas, cip ini lebih baru daripada Snapdragon 730 Galaxy A71, tapi Snapdragon 720G lebih muda berbanding 730. Makanya, daripada segi prestasi, saya jangkakan tak jauh beza antara dua generasi telefon ini.

Untuk pasaran Malaysia, saya dikhabarkan yang kita akan menerima varian RAM 8GB dan storan 256GB. Lebih baik, storan telefon ini boleh diperluas menggunakan kad mikro-SD.

Ada dua naik taraf yang sangat saya alu-alukan pada Galaxy A72 berbanding yang sebelumnya. Pertama sekali adalah pada kehadiran speaker stereo talaan Dolby Atmos yang tentu sekali akan melengkapi skrin Super AMOLED-nya dan kemudian ia kini kalis air IP67.

Bahagian bateri pun telah dipertingkat kapasitinya. Ia kini ada tangki 5,000mAh dan boleh dicas pantas.

Samsung Galaxy A52 & A52 5G

Ini adalah saudara kecil kepada A72. Ia miliki spesifikasi yang hampir serupa berbanding saudara besarnya itu, kecuali perbezaan di beberapa bahagian.

Telefon ini ada paparan Super AMOLED FHD+ sebesar 6.5” bersama refresh rate setinggi 90Hz. Paparannya sedikit kecil tapi masih kekalkan manfaat-manfaat yang lain.

Untuk varian 5G, Galaxy A52 miliki paparan sama tapi refresh rate 120Hz yang lebih tinggi dan SoC-nya sedikit berbeza iaitu Snapdragon 750G.

Atas papan utama, versi LTE gunakan SoC Snapdragon 720G dan saya dimaklumkan pasaran kita akan terima varian RAM 8GB serta storan 256GB, sama seperti Galaxy A72. Ya, telefon ini ada slot mikro-SD untuk anda perluaskan storan.

Bahagian kamera belakang, ia dilengkapi kuadkamera belakang dengan kombinasi 64MP (utama), 12MP (ultralebar), 5MP (depth), dan 5MP (makro). Kombinasi yang sama seperti Galaxy A72 kecuali kamera telefoto digantikan pada kamera depth 5MP.

Gambar selfie pula diambil menggunakan kamera 32MP yang terletak pada lubang paparan Infinity-O.

Menguasakan segala kelengkapan elektronik telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,500mAh. Sistem pengecasan pantas juga ada untuk mengepam masuk tenaga.

Lain-lain kelebihan yang ada pada telefon ini adalah seperti kekalisan debu/air IP67, speaker stereo, dan ada jek audio 3.5mm.

Kali terahir siri A ada kekalisan air adalah sewaktu A8 (2020).

Harga

Berikut adalah harga dalam pasaran Eropah, barisan Galaxy A yang diperkenalkan pada acara Awesome Unpacked.

  • Samsung Galaxy A52 – EUR 349 (~RM1,713)
  • Samsung Galaxy A52 5G – EUR 429 (~RM2,107)
  • Samsung Galaxy A72 – EUR 449 (~RM2,204)

Harga untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan tapi saya yakin ia akan berharga antara RM1,000 hingga RM2,000, sama seperti sewaktu Galaxy A71 dan A51 dulu.

Malangnya, versi 5G kepada Galaxy A52 tidak pula tersenarai dalam laman Samsung Malaysia, sebaliknya ada ada dua telefon baru yang tak diumumkan dalam AweSome Unpacked 2021, dimasukkan iaitu:

  • Galaxy A32
  • Galaxy A32 5G
Tags: samsungsamsung galaxySamsung Galaxy A32Samsung Galaxy A52Samsung Galaxy A72
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung Galaxy A72 & A52: Duo midrange berbaloi telah kembali

Samsung Galaxy A72 & A52: Duo midrange berbaloi telah kembali

17 March 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER