• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Tiada pilihan, TikTok akan terjah ruang privasi pengguna secara paksaan bermula 15 April

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:38 pm
  • 18/03/2021
  • Komen
Tiada pilihan, TikTok akan terjah ruang privasi pengguna secara paksaan bermula 15 April
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna TikTok selepas ini akan mula mendapat iklan di dalam aplikasi itu berdasarkan jenis kandungan yang pengguna minat. Mahu atau tidak, ia akan diwajibkan oleh pihak TikTok kelak.

Perkara ini dilakukan untuk mengekalkan aplikasi tersebut percuma kepada pengguna. Meskipun sekrang pengguna melihat iklan umum lalu di bahagian utama TikTok, namun pada 15 April, tetapan itu akan berubah. Kelak, anda hanya akan lihat iklan berdasarkan apa yang anda lakukan di TikTok.



Contoh, sekiranya anda gemar menonton video kucing anda mungkin akan diiklankan produk makanan kucing. Jika anda suka menonton video kecantikan, mungkin anda akan melihat iklan produk kecantikan sahaja.

Privasi pengguna

Walaupun begitu, TikTok tetap komited menghormati privasi penggunanya. Berdasarkan maklumat di pusat keselamatan TikTok, mereka menggunakan data pengguna untuk menunjukkan cadangan dalam suapan ruangan For You pada paparan utama.



Sekiranya sesuai, TikTok juga akan menggunakan maklumat peribadi pengguna untuk menyediakan iklan yang bersesuaian dan mempromosikan TikTok.

Dengan tetapan baru ini, pengguna masih dapat mengawal TikTok daripada menyediakan iklan yang datanya diperoleh dari aplikasi dan laman web lain. Tetapi anda perlu tahu, anda tiada pilihan untuk mengawal aplikasi ini dari menyediakan iklan berdasarkan aktiviti anda melaluinya.

Kaitan dengan kemaskini iOS 14

Kemaskini ini mungkin ada kaitannya dengan iOS 14 yang akan tiba nanti. Apple akan mewajibkan pembangun aplikasi untuk mendapatkan kebenaran pengguna sebelum menjejak sebarang data untuk iklan bersasar.

Dapat dilihat pada ruangan maklumat aplikasi TikTok di App Store, ada dinyatakan di situ beberapa data pengguna yang akan diambil oleh TikTok. Tiktok menggunakan data pengecaman dan maklumat kenalan pengguna untuk menjejak mereka di aplikasi dan laman sesawang milik syarikat lain.

Selain itu, ada beberapa data pengguna mungkin di ambil untuk dihubungkan dengan identitinya di TikTok. Antaranya ialah:

  1. Pembelian
  2. Lokasi
  3. Kenalan
  4. Sejarah carian
  5. Maklumat pengecaman
  6. Diagnostik
  7. Maklumat kewangan
  8. Maklumat kenalan
  9. Kandungan pengguna
  10. Sejarah laman sesawang carian
  11. Penggunaan data

Ada banyak maklumat pengguna yang akan diambil oleh TikTok. Mungkinkah sebelum ini TikTok menggunakan data pengguna juga, cuma pengguna tidak diberitahu sehingga kali ini terpaksa meminta kebenaran kerana arahan Apple? Pada pendapat anda, adakah privasi pengguna TikTok selama ini tidak berada dalam keadaan baik?

[Sumber: TheVerge]

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tiada pilihan, TikTok akan terjah ruang privasi pengguna secara paksaan bermula 15 April

Tiada pilihan, TikTok akan terjah ruang privasi pengguna secara paksaan bermula 15 April

18 March 2021
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN