• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Ahli sebar berita palsu, moderator bakal hilang Facebook Group

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:45 pm
  • 18/03/2021
  • Komen
Ahli sebar berita palsu, moderator bakal hilang Facebook Group
Share on FacebookShare on Twitter

Facebook menguar-uarkan kemaskini ciri keselamatan baru pada ruangan group (kumpulan) di platformnya itu. Tindakan ini dilakukan untuk mengekang penyebaran kandungan berbahaya, seperti perkongsian yang mengandungi kebencian dan maklumat palsu.

Dimaklumkan jika kumpulan itu bermasalah

Apabila anda ingin menyertai sesebuah group di Facebook, anda akan dimaklumkan jika group itu ada melanggar Piawaian Komuniti Facebook. Maka, anda akan mendapat pilihan untuk melihat group itu atau terus menyertainya.



Dengan adanya maklumat ini, anda boleh berfikir dahulu sebelum membuat keputusan menyertai group tersebut.

Namun, Facebook akan menghadkan pemberitahuan jemputan untuk kumpulan ini, jadi tidak ramai pengguna akan menyertainya. Untuk ahli yang sedia ada, Facebook akan mengurangkan perkongsian kandungan dari kumpulan itu agar ia kurang kelihatan di News Feed.



Dengan cara ini, pengguna akan lebih sukar menemui dan terlibat dengan kumpulan yang melanggar peraturan Facebook.

Tanggungjawab moderator

Moderator kumpulan dipertanggungjawab untuk menapis setiap perkongsian ahli di kumpulan itu. Jika moderator melepaskan perkongsian yang melanggar dasar Facebook berulang kali, maka ada potensi kumpulan itu akan diharamkan (banned) selamanya.

Bagi ahli kumpulan pula, jika pelanggaran dasar dilakukan berulang kali dalam sesebuah kumpulan, mereka tidak akan dapat berkongsi atau memberi komen antara tujuh atau 30 hari. Mereka juga akan kehilangan kemampuan untuk mengundang ahli baru ke dalam kumpulan itu, bahkan dilarang juga untuk mencipta kumpulan baru.

Perubahan ini akan dilakukan secara meluas dalam masa beberapa bulan akan datang. Dengan adanya kemaskini ini, tidak akan ada berita palsu tersebar, sudah tentu pemilik kumpulan akan menapis setiap perkongsian dengan teliti.

[Sumber: Facebook]

Tags: Facebook
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Ahli sebar berita palsu, moderator bakal hilang Facebook Group

Ahli sebar berita palsu, moderator bakal hilang Facebook Group

18 March 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN