• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PEMERKASA: MyBAIKHATI pusat sehenti mengumpul & membaiki peranti rosak bagi kegunaan komuniti dan keluarga B40

  • OLEH Najib
  • 6:04 pm
  • 18/03/2021
  • Komen
Internet berkelajuan 500Mbps, kehendak atau keperluan?
Share on FacebookShare on Twitter

MyBaikHati adalah satu inisiatif yang diumum Perdana Menteri di bawah PEMERKASA, yang akan dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama-sama syarikat telekomunikasi untuk kempen kutipan peranti terpakai. Seterusnya ia akan diagihkan untuk kegunaan ramai seperti di Pusat Internet Komuniti dan keluarga B40.

Kempen MyBAIKHATI akan dijalankan secara ‘crowdsourcing‘ dengan bantuan orang ramai, di mana sesiapa sahaja yang memiliki peranti seperti telefon pintar dan laptop terpakai dan mahu menderma, boleh menyerahkannya kepada enam syarikat telekomunikasi terpilih iaitu Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn. Bhd., Maxis Berhad, U Mobile Sdn. Bhd., Telekom Malaysia Berhad dan TIME dotCom Berhad.



Sumbangan yang dikumpulkan ini akan dikumpulkan dan dibaik pulih dengan kos sehingga RM500 setiap unit oleh pihak syarikat telekomunikasi. Selepas itu, ia akan disalur kepada penerima B40 yang layak di seluruh negara berdasarkan senarai yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jika terdapat alat peranti yang tidak dapat berfungsi, ia akan dilupuskan dan dikitar semula secara selamat melalui program e-Waste. Kempen kutipan, baik pulih dan edaran alat peranti terpakai ini akan berlangsung selama 12 bulan, bermula di Lembah Klang sebagai lokasi tumpuan utama sebelum diperluaskan ke seluruh negara.



Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, beliau menyokong penuh usaha MyBAIKHATI dan menyeru orang ramai serta syarikat perniagaan, untuk menjayakannya dengan mendermakan alat peranti terpakai yang boleh dibaik pulih dan digunakan semula. Beliau turut menyambut baik usaha SKMM bersama syariakt telekomunikasi untuk menggerakkan kempen ini.

Tags: muhyiddin yassinmybaikhatiPEMERKASASKMM
Najib

Najib

POPULAR

Internet berkelajuan 500Mbps, kehendak atau keperluan?

PEMERKASA: MyBAIKHATI pusat sehenti mengumpul & membaiki peranti rosak bagi kegunaan komuniti dan keluarga B40

18 March 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN