• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jurutera Samsung dilantik pengerusi Kumpulan Wawasan 6G

  • OLEH Najib
  • 8:41 am
  • 19/03/2021
  • Komen
Jurutera Samsung dilantik pengerusi Kumpulan Wawasan 6G
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Samsung tidak asing lagi dalam dunia telekomunikasi. Mereka bukan sahaja menghasilkan telefon pintar, tetapi mencipta cip pemproses sendiri termasuk modem 5G dan pelbagai cip lagi.

Dalam berita terbaru, Samsung mengumumkan bahawa Jurutera Utama mereka di Samsung Research, Choi Hyoungjin, telah dilantik sebagai Pengerusi kepada kumpulan yang akan memantau pembangunan rangkaian telekomunikasi 6G. Choi akan mengetuai Kumpulan Wawasan 6G di Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa atau International Telecommunication Union-Radiocommunication (ITU-R).



Choi Hyoungjin

Samsung Research adalah hub kaji selidik R&D termaju milik Samsung dan ia telah menerajui pelbagai teknologi masa hadapan untuk produk pengguna dan perniagaan keluaran mereka. Untuk mempercepatkan lagi kajian mengenai 6G, Samsung Research telah menubuhkan Pusat Kajian Komunikasi Termaju (Advanced Communications Research Center) pada tahun 2019.

ITU-R pula adalah badan antarabangsa yang membuat keputusan, menetapkan dan mengurus standard berkaitan telekomunikasi. Badan ini dianggotai oleh 193 ahli. Kumpulan wawasan ini ditubuhkan untuk menetapkan hala tuju 6G, mengkaji pelbagai teknologi berkaitan 6G dan mencipta garismasa untuk menetapkan standard 6G.



Sebelum ini, Samsung telah dilantik sebagai pengerusi Kumpulan Wawasan 5G di ITU-R. Tahun lepas juga, Samsung Research telah membentangkan kertas putih 6G untuk menerangkan pandangan mereka tentang penyelesaian telekomunikasi untuk generasi akan datang.

Kertas Putih 6G oleh Samsung Research

ITU-R dijangka akan menyiapkan wawasan mereka mengenai rangkaian 6G pada tahun 2023. Badan antarabangsa ini juga akan membangunkan keperluan teknikal untuk teknologi 6G menerusi organisasi standard industri. Teknologi yang melepasi penilaian IUT-R akan diiktiraf sebagai standard antarabangsa untuk komunikasi 6G sekitar tahun 2030. Dijangka, telefon pintar dan rangkaian 6G akan dapat dilihat dalam masa 10 tahun dari sekarang.

[Sumber: Samsung]

Tags: 6GChoi Hyoungjin
Najib

Najib

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Jurutera Samsung dilantik pengerusi Kumpulan Wawasan 6G

Jurutera Samsung dilantik pengerusi Kumpulan Wawasan 6G

19 March 2021

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER