• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony SRS-XB13, pembesar suara cilik kalis air dengan hayat bateri 16 jam

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:02 pm
  • 19/03/2021
  • Komen
Sony SRS-XB13, pembesar suara cilik kalis air dengan hayat bateri 16 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Sony memperkenalkan SRS-XB13, sebuah pembesar suara tanpa wayar mudah alih yang boleh disambungkan ke peranti dengan Bluetooth. Ia dihasilkan bersaiz kecil dengan material bahagian luar yang tahan lama dan tali rekaan bersilang yang boleh digantung di mana-mana sahaja.

Spesifikasi

Mempunyai diameter 46mm, SRS-XB13 hadir dengan ciri-ciri bunyi yang luar biasa seperti EXTRA BASS dan Sound Diffusion Processor untuk rentak audio yang sempurna dan penyebaran audio yang lebih luas.



Ia turut didatangkan dengan hayat bateri selama 16 jam apabila dicaj sepenuhnya, pengguna juga akan diberi pertunjuk jangka hayat bateri pada telefon pintar. Selain itu, bahagian luar pembesar suara ini pula dihasilkan dengan material kalis air dan debu pada peringkat IP67.

Bluetooth pada pembesar suara ini menggunakan sistem komunikasi versi 4.2. Disediakan juga terminal USB jenis C untuk pengecasan.



Perlu membuat panggilan bebas tangan? Anda boleh lakukannya dengan pembesar suara ini kerana ada mikrofon terbina di dalamnya.

XB13 menampilkan teknologi Fast Pair Google, ia membolehkan anda menyambungkan ia dengan telefon pintar atau tablet Android yang serasi iaitu pada Android 6.0 ke atas.

Dengan adanya sistem ini, anda boleh sambungkan telefon dengan pembesar suara menggunakan Bluetooth lebih cepat dari biasa, kerana telefon anda akan mengesan pembesar suara ini dengan sendiri.

Warna dan maklumat jualan

Pembesar suara SRS-XB13 didatangkan dengan 6 warna antaranya ialah hitam, biru, taupe (kelabu-coklat gelap), merah jambu karang, biru serbuk dan kuning lemon. Ia akan tersedia di Malaysia pada bulan Ogos 2021. Buat masa ini, tiada harga dinyatakan lagi untuk pembesar suara ini.

Pembesar suara ini perlu anda miliki jika anda suka mendengar muzik dengan bunyi yang kuat. Malah dengan 6 warna yang disediakan itu, ia akan membuatkan anda kelihatan bergaya dan sangat memukau jika anda gantungkannya pada bag atau bawanya kemana-mana.

[Sumber: Sony]

Tags: SonySRS-XB13
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Sony SRS-XB13, pembesar suara cilik kalis air dengan hayat bateri 16 jam

Sony SRS-XB13, pembesar suara cilik kalis air dengan hayat bateri 16 jam

19 March 2021
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER