• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Perusahaan kecil & sederhana boleh terima pelbagai transaksi tanpa tunai dengan Selangkah Biz

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:10 am
  • 20/03/2021
  • Komen
Perusahaan kecil & sederhana boleh terima pelbagai transaksi tanpa tunai dengan Selangkah Biz
Share on FacebookShare on Twitter

Selangkah dengan kerjasama peneraju teknologi, Kiple melancarkan aplikasi mudah alih Selangkah Biz untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia menginjak ke dunia perniagaan tanpa tunai.

Semua e-wallet boleh diterima dalam aplikasi ini, berbanding kebiasaannya peniaga perlu guna satu aplikasi khusus untuk sesebuah e-wallet.



Ini juga merupakan satu usaha untuk mencipta transaksi yang selamat terutamanya ketika pandemik Covid-19 masih berleluasa.

Terima bayaran tanpa tunai

Dengan menggunakan Selangkah Biz, mana-mana perniagaan berdaftar di Malaysia boleh menerima bayaran tanpa tunai hanya dengan menggunakan peranti telefon pintar masing-masing.



Untuk memulakannya, para peniaga boleh ikut cara di bawah:

  1. Muat turun aplikasi Selangkah Biz
  2. Daftar untuk menjadi peniaga Selangkah Biz
  3. Anda akan akan diberikan akses kepada platform pembayaran bersepadu itu untuk menerima bayaran tanpa tunai melalui pelbagai jenis e-dompet.

Inisiatif ini juga membantu PKS menjimatkan kos kerana tidak perlu memasang atau menyewa perkakasan tertentu.

Berikut antara pilihan pembayaran tanpa tunai yang sedia ada boleh digunakan:

  1. Touch n Go e-Wallet
  2. Boost
  3. Grab Pay
  4. RazerPay
  5. Kiple
  6. AliPay
  7. Wechat Pay (China)

Pilihan pembayaran akan datang:

  1. Maybank QRPay
  2. ShopeePay,
  3. Kad kredit/debit

Melalui Kiple juga, perniaga dapat memantau jualan mereka melalui rekod transaksi yang disediakan.

Jadual caj

Setiap transaksi yang dilakukan, akan ada sedikit caj dikenakan kepada pengguna. Serendah 0.80% caj dikenakan kepada pengguna transaksi kad debit, manakala caj tertinggi adalah 1.30% dikenakan kepada pengguna dengan transaksi kad credit.

Selain menawarkan solusi tanpa tunai kepada pemilik perniagaan, Selangkah juga bakal melancarkan Selangkah Wallet dan Selangkah Pay dalam aplikasi tersebut untuk membolehkan orang ramai menggunakannya sebagai solusi bagi keperluan digital dalam normal baharu.

Aplikasi Selangkah Biz boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan kelak di Apple App Store. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai aplikasi ini, anda boleh terus layari laman sesawang rasmi Selangkah atau emel ke [email protected].

Tags: SElangkahSelangkah Biz
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Perusahaan kecil & sederhana boleh terima pelbagai transaksi tanpa tunai dengan Selangkah Biz

Perusahaan kecil & sederhana boleh terima pelbagai transaksi tanpa tunai dengan Selangkah Biz

20 March 2021
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER