• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan Huawei Freebuds 4i dengan ANC pada harga RM319 sahaja

  • OLEH Najib
  • 12:28 pm
  • 23/03/2021
  • Komen
Dapatkan Huawei Freebuds 4i dengan ANC pada harga RM319 sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei hari ini mengumumkan bahawa fon telinga TWS terbaru mereka, Huawei Freebuds 4i akan mula dijual di Malaysia bermula minggu ini, pada 27 Mac 2021. Peminat juga berpeluang untuk memilikinya pada harga lebih murah sempena pelancarannya.

Huawei Freebuds 4i dengan teknologi penyaring hingar aktif (ANC) diumumkan berharga RM379 di Malaysia. Khas pada 27-31 Mac 2021, pembeli boleh menerima diskaun RM60 menggunakan baucer yang boleh dikumpul bermula dari 23 Mac 2021.



Dengan baucar RM60 ini, Huawei Freebuds 4i boleh dibeli pada harga RM319 sahaja. Baucar RM60 ini boleh didapati di

  1. Aplikasi Huawei Member Centres dan digunakan di Stor Huawei Experience dan rakan niaga terpilih
  2. Stor Online Huawei Malaysia dan digunakan di tempat yang sama
  3. Stor Rasmi Huawei Lazada dan digunakan di tempat yang sama.

Di samping itu, 3,000 pembeli terawal akan turut menerima casing percuma.



Spesifikasi

Freebuds 4i merupakan naik taraf dari Freebuds 3i yang dilancarkan tahun lepas. Antara tambahan terbesar padanya adalah hayat bateri dengan ANC aktif sehingga 7.5jam, lebih sekali ganda dari keupayaan Freebuds 3i yang memiliki hayat 3.5 jam.

Tanpa ANC dihidupkan, Freebuds 4i boleh memainkan lagu sehingga 10 jam dengan sekali cas di fon telinga, atau sehingga 22 jam bersama bekas pengecas. Pengecasannya juga pantas, boleh memberikan tenaga sehingga 4 jam dengan mengecas selama 10 minit. Sambungan USB-C digunakan untuk mengecas dan ia tiada pengecasan wayarles.

Teknologi ANC pada Freebuds 4i bukan sahaja membantu menyaring hingar di sekeliling, tetapi ia turut dilengkapi mod Awareness, di mana pengguna tidak perlu mencabut fon telinga dari telinga tetapi masih boleh mendengar dengan jelas bunyi sekeliling. Jadi pengguna boleh berborak sebentar dengan rakan di sebelah walaupun Freebuds 4i masih melekat di telinga.

Sistem bunyi di dalam Freebuds 4i dipacu oleh pemandu dinamik 10mm. Manakala 2 mikrofon padanya membantu mendapatkan bunyi suara yang jelas, di samping memproses bunyi hingar untuk disaring di dalam mod ANC. Ia juga mempunyai permukaan peka sentuhan untuk arahan pantas, seperti menghenti dan memainkan lagu atau menukar mod ANC kepada Awareness.

Sambungan Bluetooth 5.2 membolehkan sambungan wayarles lebih pantas dengan peranti baru. Huawei juga memaklumkan bahawa Freebuds 4i memiliki kependaman rendah jika menggunakan peranti Huawei dengan EMUI 11, supaya pengguna tidak ketinggalan mendengar bunyi tembakan di dalam permainan dan memenangi pertandingan tersebut.

Maklumat lanjut mengenainya, boleh didapati dengan melayari laman produk Huawei Freebuds 4i.

Tags: HuaweiHuawei Freebuds 4i
Najib

Najib

POPULAR

Dapatkan Huawei Freebuds 4i dengan ANC pada harga RM319 sahaja

Dapatkan Huawei Freebuds 4i dengan ANC pada harga RM319 sahaja

23 March 2021
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V60 buat kemunculan di KL Fashion Week 2025, hadir dengan kamera telefoto ZEISS 50MP

Vivo V60 buat kemunculan di KL Fashion Week 2025, hadir dengan kamera telefoto ZEISS 50MP

5 August 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER