Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Huawei FreeBuds 3i, TWS dengan Active Noise Cancellation pada harga kurang RM400

Sekiranya anda sedang mencari sepasang earfon jenis True Wireless Stereo (TWS) yang ada penyaring hingar aktif (ANC), Huawei ada sediakan FreeBuds 3i pada harga RM399 sahaja. Lantas ia jadikan TWS dengan ANC antara yang termurah dalam pasaran setakar ini.

Anda boleh dapatkan FreeBuds 3i dalam warna hitam dan putih bermula 19 Jun 2020 melalui kedai dalam talian dan juga outlet pengedar sah diseluruh negara.

Pada sudut fizikaliti, FreeBuds 3i ada rupa yang sama macam Honor Magic Earbuds yang dilancaran baru-baru ini. Atas badannya ada dua mikrofon, satu menghadap luar dan satu lagi kedalam yang katanya bertindak sebagai penyaring hingar. Ia boleh menyaring hingar pada tahap decibel setingga 32dB.

FreeBuds 3i bersambung dengan telefon melalui penyambungan Bluetooth 5.0 yang anda boleh jangkakan penggunaan tenaga yang cekap. Satu tangka penuh boleh berikan jangka penggunaan sehingga 3.5 jam lamanya ataupun sehingga 14.5 jam dengan bantuan tenaga yang tersimpan dalam bekas penyimpanan.

Di jabatan audio, ia ada pemacu bunyi 10nm dan fungsi ANC boleh diaktif atau dimatikan pada bila-bila masa apabila anda sentuh bahagian sisi earfon untuk beberapa ketika.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Bateri iPhone 12 Pro Max kurang kapasiti berbanding iPhone 11 Pro Max?