• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Tonton aksi kungfu & komedi Jackie Chan tanpa henti di Astro sempena ulangtahun kelahirannya

  • OLEH Najib
  • 5:51 pm
  • 25/03/2021
  • Komen
Tonton aksi kungfu & komedi Jackie Chan tanpa henti di Astro sempena ulangtahun kelahirannya
Share on FacebookShare on Twitter

Pelanggan Astro yang meminati pelakon aksi komedi antarabangsa terkenal, Jackie Chan, boleh menyaksikan lakonan beliau tanpa henti di saluran CH400 tidak lama lagi. Astro kini menawarkan saluran khusus Jackie Chan ini secara percuma untuk pelanggan Astro Movies Pack.

Pengguna Astro yang melanggan pek Movies boleh membuka saluran CH400 untuk menontonnya di STB, mulai 26 Mac sehingga 30 April 2021 tanpa caj tambahan. Filem-filem Jackie Chan juga boleh ditonton bila-bila masa dan di mana jua menerusi Astro GO dan Astro On Demand.



Astro menyediakan tawaran ini sempena meraikan ulang tahun kelahiran Jackie Chan ke-66, yang lahir pada 7 April 1954. Lebih 20 filem Jackie Chan yang terkenal disediakan, termasuk filem klasik Hong Kong yang memenangi pelbagai anugerah, dari tahun 1970 hingga 2000.

  • Police Story 3: Super Cop
  • Kungfu Yoga

Filem tersebut termasuk filem aksi mempertahankan diri Hong Kong seperti Projek A dan Project A Part II, serta filem aksi jenayah Hong Kong iaitu Police Story 1, Police Story 2, dan Police Story 3: Super Cop yang turut dibintangi Michelle Yeoh, pelakon Malaysia yang dikenali ramai di seluruh dunia.



Disiarkan juga filem aksi komedi klasik Hong Kong iaitu Armour of God dan sekuel Armour of God II: Operation Condor, serta filem aksi komedi Hong Kong, My Lucky Stars, Wheels on Meals, Dragon Lord, Kung Fu Yoga dan banyak lagi.

Tags: astroJackie Chan
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Tonton aksi kungfu & komedi Jackie Chan tanpa henti di Astro sempena ulangtahun kelahirannya

Tonton aksi kungfu & komedi Jackie Chan tanpa henti di Astro sempena ulangtahun kelahirannya

25 March 2021
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN