• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Find X3 Pro di Malaysia datang bersama pekhidmatan premium dan talian eksklusif

  • OLEH Najib
  • 7:14 pm
  • 25/03/2021
  • Komen
Oppo Find X3 Pro di Malaysia datang bersama pekhidmatan premium dan talian eksklusif
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo hari ini melancarkan telefon pintar falgship terbaru mereka, Oppo Find X3 Pro di Malaysia. Ia memiliki prestasi tertinggi masakini bersama kamera hebat, terutama sekali kamera telemikro yang sangat menarik.

Bagi yang berminat memilikinya, Oppo Find X3 Pro dijual di Malaysia pada harga RM4,299, dengan RAM 12GB dan storan dalaman 256GB. Terdapat dua warna boleh dipilih iaitu hijau dan biru.



Sebagai promosi pengenalan, pembeli terawal telefon pintar ini boleh mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,935 iaitu fon telinga Oppo Enco X, pengecas wayarles, casing Kevlar, jaminan tambahan tahun ke-2, perlindungan keretakan skrin 1-tahun dan storan awan HeyTap Cloud Service 1TB selama 1 tahun.

Tawaran hadiah percuma ini diberikan kepada tempahan awal di antara 25 Mac sehingga 8 April 2021. Tempahan pula boleh dibuat di Stor Jenama Oppo terpilih, Stor Online Oppo Malaysia, Stor Rasmi Oppo di Lazada, Stor Rasmi Oppo di Shopee dan rakan syarikat telekomunikasi.



Selain itu, pembelian Oppo Find X3 Pro turut datang bersama perkhidmatan premium iaitu jaminan antarabangsa, talian bantuan eksklusif 1800 817 666 dan perkhdimatan Oppo2U.

Spesifikasi

Oppo Find X3 Pro adalah telefon flagship terbaru, dikuasakan cip Snapdragon 888 dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Skrinnya dari jenis AMOLED QHD+, dengan kadar penyegaran 120Hz.

Telefon ini ada rekaan kamera belakang unik, memuatkan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 50MP, kamera telefoto 13MP dan kamera telemikro 3MP. Kamera hadapannya 32MP.

Bateri di dalam Oppo Find X3 Pro sebesar 4,500mAh, menyokong pengecasan pantas berwayar 65W dan tanpa wayar 30W. Selain itu, pembesar bunyi stereo turut dipasang dan ia kalis air IP68.

Kenali lebih lanjut mengenai Oppo Find X3 Pro melalui video kami di bawah.

Tags: oppoOppo Find X3 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X3 Pro di Malaysia datang bersama pekhidmatan premium dan talian eksklusif

Oppo Find X3 Pro di Malaysia datang bersama pekhidmatan premium dan talian eksklusif

25 March 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN