• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Memory Google Assistant, bantu pengguna simpan dan atur semua maklumat harian

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:37 pm
  • 26/03/2021
  • Komen
Memory Google Assistant, bantu pengguna simpan dan atur semua maklumat harian
Share on FacebookShare on Twitter

Secara umumnya, Google Assistant mampu memudahkan urusan harian pengguna melalui ciri Snapshot. Anda boleh lihat senarai aktiviti yang anda sudah simpan (save) pada kalander dan lakukannya pada hari tertentu.

Anda hanya perlu sebut ”Show me my day” kemudian semua senarai akan tertera secara ringkas dan anda boleh lakukan satu per satu tugasan tanpa tertinggal.



Manakala untuk bantu simpan senarai pautan yang anda inginkan di Google, anda boleh menggunakan ciri Collections. Ia boleh di akses pada bila-bila masa yang anda mahukan.

Namun baru-baru ini, 9to5google ada menemui satu ciri baru di Google Assistant, ia dipanggil Memory. Memory digambarkan seperti satu ciri yang mudah dan cepat untuk pengguna simpan dan mencari semua simpanan dalam satu tempat. Ia seolah-olah menggabungkan Snapshot dan Collections.



Fungsi Memory

Memory boleh simpan sejumlah besar kandungan termasuklah:

  1. Sebarang kandungan skrin contohnya pautan ke sumber asal
  2. Item nyata ke seperti poster atau nota tulisan tangan
  3. Sebarang peringatan (reminder)

Memory kemudian akan membolehkan anda mencari, menyusun dan melihat semula semua yang anda simpan. Dapat dilihat pada tangkap layar di bawah, ciri ini terletak pada bahagian kanan bersebelahan dengan simbol mikrofon.

Untuk menyimpan apa-apa maklumat di dalam Memory, anda hanya perlu bercakap pada Google Assistant. Kemudian maklumat yang di simpan itu akan di susun mengikut tarikh lepas dan seterusnya tarikh akan datang. Ia akan tertera dalam bentuk card entries (kad masuk).

Terdapat card entries khas apabila anda menyimpan Google Docs, Slides, Drawing, Forms, Sites dan fail Drive lain. Anda akan dapat lihat pratonton dokumen tanpa perlu membukanya.

Ciri ini sedang diuji dalam kalangan pekerja Google dan masih belum ada perancangan untuk memperkenalkannya kepada umum. Google juga belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai ciri ini. Sekiranya ia ada, tentunya aktiviti pengguna akan jadi lebih teratur kerana ada satu ruang simpanan maklumat yang lengkap.

[Sumber: 9TO5Google]

Tags: GoogleGoogle Assistant
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Memory Google Assistant, bantu pengguna simpan dan atur semua maklumat harian

Memory Google Assistant, bantu pengguna simpan dan atur semua maklumat harian

26 March 2021
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER