• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PDRM tubuh CCID SRC, pusat tindakan jenayah penipuan panggilan Macau Scam

  • OLEH Najib
  • 6:49 pm
  • 29/03/2021
  • Komen
PDRM tubuh CCID SRC, pusat tindakan jenayah penipuan panggilan Macau Scam
Share on FacebookShare on Twitter

Kebelakangan ini, semakin banyak jenayah penipuan menggunakan panggilan, atau popular dengan gelaran Macau Scam dilaporkan. Jutaan ratus ringgit telah lebur daripada pelbagai peringkat usia dan bangsa akibat penipuan ini. Penjenayah pula mengambil kesempatan atas kemudahan panggilan internet atau VOIP untuk menyembunyikan identiti.

Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan lebih aktif dengan menubuhkan pusat sehenti CCID Scam Response Centre, atau Pusat Tindakan Penipuan CCID. Ia bagi membolehkan masyarakat menyalurkan maklumat dan aduan, atau mengaju pertanyaan khusus berkaitan jenayah penipuan panggilan.



CCID Scam Response Centre boleh dihubungi menerusi talian 03-26101559 dan 03-26101599, bermula dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam, setiap hari. Pusat ini akan berfungsi sebagai penerima maklumat pertama kejadian penipuan daripada mangsa, atau mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penipuan panggilan.

Ia juga membantu orang ramai untuk mendapatkan pengesahan tentang panggilan yang diragui, sama ada panggilan yang mereka terima benar-benar daripada jabatan kerajaan atau daripada kegiatan penipuan. Ini kerana sindiket penipuan sering menyamar sebagai pihak berkuasa seperti Polis, SPRM, Mahkamah, Kastam, Bank dan sebagainya, untuk memperdaya dan menakut-nakutkan mangsa.



Sepanjang tahun 2019, PDRM merekodkan 5,725 laporan kes dengan kerugian sebanyak melebihi RM250 juta. Untuk tahun 2020 pula, sejumlah 6,003 kes dilaporkan dan jumlah kerugian lebih tinggi, hampir RM290 juta. Bagi tahun ini sahaja sehingga 24 Mac 2021, PDRM menerima 1,392 laporan kes dan kerugian sebanyak RM38 juta.

Dengan ini, masyarakat digalakkan untuk sentiasa menghubungi CCID Scam Response Centre bagi bertanyakan sebarang panggilan yang meragukan. Ia juga boleh dihubungi untuk membuat laporan jika terdapat maklumat tentang penipuan panggilan.

Marilah bersama-sama kita berganding bahu untuk mengatasi masalah ini dan bekerjasama dengan PDRM untuk membanteras jenayah yang semakin parah ini. Maklumkan kepada rakan dan keluarga agar lebih ramai semakin peka dan tidak terpedaya dengan penipuan sebegini. Kita boleh mengubahnya.

[Sumber: PDRM, Lowyat.net]

Tags: Macau Scampdrm
Najib

Najib

POPULAR

PDRM tubuh CCID SRC, pusat tindakan jenayah penipuan panggilan Macau Scam

PDRM tubuh CCID SRC, pusat tindakan jenayah penipuan panggilan Macau Scam

29 March 2021
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN