• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boston Dynamic tampilkan robot Stretch, mampu alihkan 800 kotak satu jam

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:19 pm
  • 30/03/2021
  • Komen
Boston Dynamic tampilkan robot Stretch, mampu alihkan 800 kotak satu jam
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini Boston Dynamics ada menunjukkan 4 robot ciptaannya menari bersama. Robot tersebut ialah Spot, dua robot Atlas dan satu robot digelar Handle. Dari dalam video itu, kesemua robot kelihatan amat mengagumkan.

Baru-baru ini pula, Boston Dynamics ada memperlihatkan robot terbarunya diberi nama Stretch. Nampak seperti bentuk lengan tangan, ia berfungsi memindahkan kotak-kotak dari satu tempat ke tempat lain.



Stretch mempunyai alas beroda berukuran kayu palet berbentuk segi 4 sama. Ia juga disertakan dengan kamera dan sensor pada tiangnya. Ini membolehkan Stretch mengenal pasti kotak tanpa latihan yang luas.

Lengan robot ini pula ada tujuh darjah kebebasan dan “tangannya” mampu mencapai dan mengangkat kotak dengan berat hingga 50 paun.



Sesuai ditempatkan di gudang, Stretch mampu kendalikan apa sahaja jenis barang semasa beroperasi pada kelajuan tinggi. Selain itu, ia juga dihasilkan dengan bateri berkapasiti tinggi dan boleh juga terus beroperasi dengan pengecasan tenaga dari luar.

Selain itu, ia dapat mengerakkan sehingga 800 kotak dalam masa satu jam. Pada masa yang sama, pekerja hanya memerlukan beberapa jam latihan untuk mengendalikan Stretch.

Sebilangan besar gudang di seluruh dunia tidak ada peralatan automatik untuk membantu tenaga kerja manusia. Jadi robot Stretch amat diperlukan bagi menyelesaikan masalah itu, lebih-lebih lagi jika gudang mempunyai item yang sangat banyak.

Syarikat ini pada mulanya ada mengembangkan prototaip Handle pada tahun 2017. Robot ini tampil beroda dua dan dihasilkan juga untuk mengalihkan kotak, tetapi ia tidak berfungsi dengan cukup cepat. Sebagai perbandingan, Stretch dengan selamat boleh mengambil dan menggerakkan kotak pada kelajuan yang lebih tinggi.

Walapun begitu, Boston Dynamics sedang mencari perusahaan untuk menguji teknologi ini dengan tujuan untuk memulakan penjualan pada tahun 2022.

[Sumber: Boston Dynamic, Engadget]

Tags: boston dynamicsStretch
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Boston Dynamic tampilkan robot Stretch, mampu alihkan 800 kotak satu jam

Boston Dynamic tampilkan robot Stretch, mampu alihkan 800 kotak satu jam

30 March 2021
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER