• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boston Dynamics kongsi aksi 4 robot menari mengalahkan manusia

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:11 pm
  • 30/12/2020
  • Komen
Boston Dynamics kongsi aksi 4 robot menari mengalahkan manusia
Share on FacebookShare on Twitter

Peneraju robot mudah alih, Boston Dynamics berkongsi sebuah video di YouTube memperlihatkan empat robot terkenal mereka menari bersama. Robot tersebut ialah Spot, dua robot Atlas dan satu robot digelar Handle.

Robot Atlas ialah robot yang mempunyai kemampuan seperti manusia, Spot ialah robot 4 kaki bewarna kuning seperti anjing, manakala Handle ialah robot dua tayar.



  • Atlas
  • Spot
  • Handle

Dalam video berdurasi 2 minit 54 saat itu, boleh dilihat 4 robot tersebut menari dengan sangat lincah dan adakalanya mereka menari dengan tarian yang sama secara serentak. Robot-robot tersebut bergerak dengan sangat lancar, melompat dan berpusing melalui pelbagai gerakan yang berbeza. Tidak dinafikan, aksi mereka sangat mengagumkan.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Boston Dynamics berkongsi video robotnya menari. Pada tahun 2018, mereka telah berkongsi satu video bakat robot Spot menari dengan gaya yang sangat sexy.



Ketiga-tiga robot ini mampu melakukan perbuatan seperti manusia. Kelihatan seperti animasi komputer, mereka boleh berlari, gimnastik, buka pintu untuk rakan mereka, mengemas perkakas dapur dan pelbagai kemampuan lain lagi.

Boston Dynamics baru-baru ini mula menjual model Spot kepada mana-mana syarikat dengan harga USD 74,500 bersamaan RM300,756.50. Dengan kemampuan yang robot tersebut miliki, mungkin harga itu berbaloi untuk individu mendapatkannya.

Walaupun robot Atlas dan Handle yang ditampilkan masih merupakan prototaip penyelidikan, namun jika ianya juga dijual, yang mana satukah akan menjadi pilihan anda?

[Sumber: TheVerge]

Tags: boston dynamicsrobot
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Boston Dynamics kongsi aksi 4 robot menari mengalahkan manusia

Boston Dynamics kongsi aksi 4 robot menari mengalahkan manusia

30 December 2020
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN