Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia
Pepatah ada mengatakan, kamera terbaik adalah kamera yang sentiasa berada di dalam poket anda. Namun hakikatnya, bukan semua kamera telefon pintar mampu mengabadikan momen-momen indah dengan kualiti yang memukau. Mujurlah, perkara ini tidak berlaku dengan OPPO Find X9 Ultra.
Baru-baru ini, OPPO Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia telah menganjurkan sebuah lawatan khas ke Negeri Cik Siti Wan Kembang, atau Kelatan. Kami di SoyaCincau berpeluang untuk menyertai kembara ini dan menerokai kebudayaan serta warisan Kelantan secara dekat. Sepanjang di sana, keupayaan lensa OPPO Find X9 Ultra menjadi teman setia kami untuk merakam setiap detik.
Jadi dalam artikel ini, kami ingin berkongsikan pengalaman penuh eksplorasi ini.
Kejelasan seni bina, warna warisan & keperincian makro




Perjalanan bermula sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang kini tampil dengan wajah baharu yang lebih moden dan dihiasi elemen seni khat yang cukup menarik. Di sini, kami menguji lensa utama dan telefoto Find X9 Ultra. Hasilnya? Gambar struktur bumbung yang luas dapat dirakam penuh tanpa herotan (distortion), dengan kontras warna langit dan bangunan yang sangat seimbang.

Destinasi seterusnya ialah Collectibles Museum, sebuah tempat unik yang menyimpan pelbagai koleksi peribadi milik Sultan Kelantan serta barangan edisi terhad dari dalam dan luar negara.



Muzium ini agak malap dan padat, namun sensor besar pada Find X9 Ultra membuktikan kehebatannya. Gambar HotWheels dan kereta mainan vintaj berjaya dirakam dengan sangat terang, jelas dan bebas noise, walaupun tanpa bantuan lampu flash.


Selain itu, kami juga manfaatkan Master Mode di Find X9 Ultra. Dengan mod ini, anda boleh mendapat kawalan penuh untuk tweak atau laraskan tetapan kamera secara manual dengan sangat mudah demi hasil gambar yang lebih kreatif mengikut citarasa sendiri.




Tidak sah ke Kelantan kalau tidak singgah ke Pasar Siti Khadijah, antara mercu tanda paling terkenal di Kelantan. Pasar ikonik 4 tingkat yang majoriti peniaganya adalah wanita ini dipenuhi dengan pelbagai warna-warni kehidupan, sesuai untuk merakam kehidupan masyarakat tempatan.



Kami kemudiannya bergerak ke Kampung Kraftangan untuk melihat proses mencanting batik. Di sini, kami mencuba untuk merakam jarak dekat lilin yang dicanting di atas kain.
Perincian tekstur kain batik dan aliran lilin itu nampak sangat tajam, memberikan hasil gambar yang artistik.



Sebelum senja, kami melawat Muzium Istana Jahar yang dibina daripada kayu cengal. Di sini, kami menguji keupayaan kamera dalam mengendalikan julat dinamik (dynamic range) yang tinggi sewaktu merakam balkoni istana berlatarkan cahaya matahari petang. Find X9 Ultra berjaya mengimbangi bayang-bayang pada ukiran kayu istana sambil mengekalkan perincian awan di langit tanpa menjadi terlalu putih (overexposed).



Hari pertama kami ditutup di Min House Camp. Selain berpeluang melihat sarang madu kelulut, kami turut menyaksikan demonstrasi masakan tempatan, Nasi Tumpang.
Di sini, keupayaan tangkapan pantas Find X9 Ultra membolehkan kami merakam momen tangan peniaga melapis nasi dan lauk ke dalam kelongsong daun pisang dengan sangat tajam tanpa sebarang kesan kabur (motion blur).
Merakam landskap menawan, tekstur halus & keajaiban wayang kulit



Hari kedua dimulakan dengan kunjungan ke Tambatan D’Raja dan Muzium Perang (Bank Kerapu). Kami menggunakan lensa telefoto untuk merakam monumen Tambatan D’Raja, dan hasil zum adalah sangat bersih, membolehkan kami membaca teks pada papan tanda dengan jelas.

Selain itu, Find X9 Ultra ini juga hadir dengan mod XPAN yang membolehkan anda mengambil gambar panoramik dalam nisbah 65:24 untuk hasil yang lebih sinematik, seperti yang dapat anda lihat pada contoh gambar di atas.

Mod ini turut dilengkapi dengan pelbagai penapis (filter) berbeza untuk memberikan sentuhan retro dan tona warna yang lebih dramatik pada hasil tangkapan anda.


Seterusnya, kami singgah ke Masjid Kampung Laut, antara masjid tertua di Malaysia yang dibina tanpa paku. Di sini, kami memfokuskan kamera kepada bumbung tingginya yang unik. Find X9 Ultra berjaya merakam tekstur genting kayu cengal kuno tersebut dengan perincian yang sangat luar biasa, mengekalkan elemen klasik dan nilai estetik masjid tersebut.


Perjalanan diteruskan ke Desa Gemalai yang menyajikan panorama sawah padi yang sangat luas. Dengan landskap yang cantik dan luas, ini adalah tempat terbaik untuk menguji keupayaan zum Find X9 Ultra. Kami cuba merakam objek dari jarak jauh menggunakan kit fotografi tambahannya, dan hasilnya sangat memukau, subjek kekal kelihatan jelas dan tajam walaupun dizum dari jarak yang ekstrem.



Anda turut boleh lihat sendiri beberapa sampel gambar zum jauh menggunakan aksesori kit fotografi yang kami sertakan di atas. Walaupun subjek berada jauh, hasilnya cukup mengagumkan di mana perincian subjek utama kelihatan sangat menonjol, manakala bokeh latar belakangnya dipisahkan dengan sangat kemas dan semula jadi, persis hasil daripada kamera DSLR profesional.



Di bengkel Wau Sobek, kami kagum melihat ketelitian tukang wau memotong kertas warna untuk menghasilkan corak wau. Kamera Find X9 Ultra berjaya merakam setiap lapisan kertas warna yang nipis itu dengan pemisahan warna yang sangat tepat. Tiada masalah warna ‘lebur’ atau herot, setiap garisan potongan kertas nampak tajam dan kemas.


Kemuncak hari kedua adalah persembahan Wayang Kulit oleh Pak Dain. Disebabkan wayang kulit dimainkan di sebalik kelir (skrin kain) dengan cahaya lampu dari belakang, keadaan persekitaran adalah sangat gelap. Ini adalah ujian getir untuk mana-mana kamera telefon. Namun, Find X9 Ultra mengejutkan kami! Momen Tok Dalang menggerakkan patung kulit yang nipis itu dapat ditangkap dengan pendedahan cahaya (exposure) yang sempurna. Watak wayang kulit kelihatan jelas, bayang-bayangnya tajam, dan cahaya yang menembusi kulit lembu itu dirakam dengan penuh dramatik tanpa memadamkan suasana kelam teater tradisional tersebut.
Aliran air terjun yang ‘beku’ di Gunung Stong



Hari terakhir kami di Kelantan ditutup dengan aktiviti luar yang menyegarkan di air terjun Gunung Stong, salah satu air terjun tertinggi di Asia Tenggara.
Sambil mendaki santai menikmati udara segar, kami mencabar kamera Find X9 Ultra untuk merakam subjek bergerak pantas. Sewaktu merakam percikan air terjun yang turun dengan deras, kamera ini berjaya ‘membekukan’ setiap titisan air yang melantun pada batu dengan ketajaman yang luar biasa. Tiada herotan, tiada kesan bergerak, semuanya nampak jelas dan sedia untuk dikongsi ke media sosial tanpa perlu disunting.
Kesimpulan: Kamera kembara terbaik di dalam poket anda

Sepanjang tiga hari menjelajah Kelantan, OPPO Find X9 Ultra membuktikan dirinya lebih daripada sekadar telefon pintar. Daripada suasana sibuk di Pasar Siti Khadijah, keindahan seni batik, warisan Masjid Kampung Laut sehinggalah panorama Gunung Stong, setiap detik dapat dirakam dengan hasil yang memuaskan.
Bagi mereka yang gemar mengembara dan merakam kenangan sepanjang perjalanan, OPPO Find X9 Ultra sememangnya menawarkan pengalaman fotografi yang mampu mengabadikan setiap momen dengan lebih jelas dan bermakna.
OPPO Find X9 Ultra kini boleh didapati menerusi stor rasmi OPPO Malaysia serta pengedar sah di seluruh negara. Ia ditawarkan pada harga bermula RM6,799 untuk varian 512GB dan RM7,799 bagi model 1TB. Untuk maklumat lanjut atau membuat pembelian, layari stor rasmi OPPO Malaysia.






