• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:57 pm
  • 29/06/2026
  • Komen
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Laluan LRT3 Shah Alam yang lama dinantikan akhirnya telah memulakan operasinya secara rasmi hari ini. Bagi menggalakkan lebih ramai orang mencuba laluan baharu ini, Rapid KL menawarkan tambang percuma tanpa had bermula 29 Jun sehingga 31 Julai 2026.

Kempen perjalanan percuma ini merangkumi keseluruhan Laluan LRT3 Shah Alam serta perkhidmatan bas pengantara Rapid KL. Bukan itu sahaja, kemudahan parkir percuma turut disediakan di 6 fasiliti Park N’ Ride yang terpilih di sepanjang laluan LRT3 ini.



Jika anda merancang untuk mencuba laluan baharu ini buat kali pertama, ini adalah semua perkara yang perlu anda ketahui.

Masih perlu tap kad untuk masuk dan keluar

Walaupun perjalanan adalah percuma, penumpang masih perlu ‘tap’ kad masing-masing di pintu pagar automatik semasa masuk dan keluar stesen.



Jika anda menggunakan kad Touch ‘n Go atau pas perjalanan Rapid KL (My50/Rapid Bulanan/Rapid Kota/Rapid Kembara/Rapid Keluarga/Rapid Mesra/Rapid Pelajar/Rapid Emas), kad tersebut mestilah aktif dan mempunyai baki minimum RM5 sebelum anda dibenarkan masuk ke stesen. Tiada sebarang potongan tambang akan dikenakan untuk perjalanan yang layak sepanjang kempen ini.

Sebagai alternatif, penumpang juga boleh mendapatkan tiket kod QR daripada Mesin Tiket Automatik (TVM) sebelum menaiki tren.

Tawaran perjalanan percuma ini turut merangkumi perkhidmatan bas pengantara (feeder bus) Rapid KL yang disediakan di Laluan Shah Alam, di mana anda juga perlu menggunakan kad Touch ‘n Go atau pas perjalanan Rapid KL. Perlu diingatkan bahawa perkhidmatan van Rapid KL On-Demand tidak termasuk dalam kempen percuma ini.

20 stesen beroperasi di LRT3

Laluan Shah Alam sepanjang 37.8km ini menghubungkan 20 buah stesen yang beroperasi antara Bandar Utama di Petaling Jaya sehinggalah ke Johan Setia di Klang.

Berikut adalah senarai stesen terlibat:

  • Bandar Utama (Stesen pertukaran dengan MRT Laluan Kajang)
  • Kayu Ara
  • BU 11 (Bandar Utama 11)
  • Damansara Idaman
  • Subang
  • Glenmarie 2 (Stesen pertukaran dengan LRT Laluan Kelana Jaya)
  • Kerjaya
  • Stadium Shah Alam
  • Dato’ Menteri
  • UiTM Shah Alam
  • Seksyen 7 Shah Alam
  • Bandar Baru Klang
  • Pasar Klang
  • Jalan Meru
  • Jambatan Kota
  • Taman Selatan
  • Sri Andalas
  • Klang Jaya
  • Bandar Bukit Tinggi
  • Johan Setia

Kekerapan tren LRT3

Pagi hari bekerja, tren beroperasi setiap 8 minit pada waktu puncak sebelah pagi (7:00 pagi – 9:30 pagi) dan petang (5:00 petang – 7:30 malam). Di luar waktu puncak, kekerapan tren adalah setiap 10 hingga 15 minit.

Pada hari Sabtu, tren beroperasi setiap 10 minit bermula jam 6:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam. Manakala, pada hari Ahad & Cuti Umum, tren beroperasi setiap 10 minit bermula jam 6:00 pagi sehingga 11:30 malam.

Fasiliti ‘Park and Ride’ percuma sehingga 31 Julai

Bagi anda yang merancang untuk memandu dan meletakkan kenderaan di stesen, kemudahan Park and Ride tersedia di lokasi berikut:

  • Kayu Ara — 350 petak parkir
  • Damansara Idaman — 150 petak parkir
  • Pasar Klang — 100 petak parkir
  • Sri Andalas — 550 petak parkir
  • Bandar Bukit Tinggi — 600 petak parkir
  • Johan Setia — 550 petak parkir

Berdasarkan terma dan syarat, fasiliti Park N’ Ride di Bandar Utama dan Glenmarie 2 tidak termasuk dalam tawaran parkir percuma ini. Kadar bayaran parkir di kedua-dua stesen tersebut akan kekal dikenakan mengikut kadar sedia ada.

Bas pengantara percuma

Perkhidmatan bas pengantara Rapid KL juga adalah percuma sehingga 31 Julai 2026 bagi memudahkan orang ramai bergerak dari kawasan perumahan berhampiran ke stesen LRT3 tanpa sebarang kos. Suka diingatkan sekali lagi, kempen ini tidak termasuk perkhidmatan van Rapid KL On-Demand.

Jadi, jika anda sudah lama menunggu untuk merasai sendiri pengalaman menaiki Laluan Shah Alam, inilah peluang keemasan untuk mencubanya secara percuma. Cuma pastikan anda membawa kad Touch ‘n Go dengan baki minimum RM5 atau dapatkan tiket menggunakan kod QR di mesin sebelum memulakan perjalanan anda.

[Sumber Gambar]

Tags: Bandar Utamalrtlrt3LRT3 Laluan Shah AlamPrasaranaRapidKL
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN