• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi Mix Fold, alternatif Galaxy Z Fold 2 paling murah setakat ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:44 pm
  • 31/03/2021
  • Komen
Mi Mix Fold, alternatif Galaxy Z Fold 2 paling murah setakat ini
Share on FacebookShare on Twitter

Hari kedua majlis pelancaran produk Xiaomi, pengeluar telefon dari China itu mengumumankan pula Mi Mix Fold, jawapan Xiaomi kepada Samsung Galaxy Z Fold 2 dan Huawei Mate X2.

Harga Mi Mix Fold

Mi Mix Fold dijual dalam pasaran China pada harga seperti berikut:



  • RAM 12GB + storan 256GB – RMB9,999 (RM6,332)
  • RAM 12GB + storan 512GB – RMB10,999 (RM6,965)
  • RAM 16GB + storan 512GB – RMB12,999 (RM8,231)

Ia jauh lebih murah berbanding peranti pesaingnya. Sebagai perbandungan, Galaxy Z Fold 2 (RAM 12GB + storan 512GB) berharga RMB16,999 (RM10,764). Kemudian, Huawei Mate X2 ditawarkan pad aharga seperti berikut:

  • RAM 8GB + storan 256GB – RMB17,999 (RM11,397)
  • RAM 8GB + storan 512GB – RMB18,999 (RM12,030)

Spesifikasi Mi Mix Fold

Sekarang, semua telefon boleh lipat dah miliki rupa macam Galaxy Fold. Mi Mix Fold dilipat kedalam untuk melindungi paparan AMOLED 8.01”. Paparan ini ada resolusi QHD+  Di bahagian luar badan, papan sekunder telefon ini ada paparan 6.52”, juga AMOLED. Kedua-dua mereka menyokong HDR10+ dan boleh paparkan imej pada kecerahan 900 nits.



Menjadi pelangkap kepada skrin berprestasi tinggi, Mi Mix Fold hadir dengan 4 speaker. Menurut pengeluarnya ini adalah yang pertama seumapanya dalam kelas telefon Mi Mix Fold.

Mi Mix Fold ada satu ciri menarik yang tiada pada pesaingnya. Untuk memanfaatkan skrin yang luas itu, pengguna boleh aktifkan mode “PC” yang mengubah antaramuka menjadi seakan anda sedang gunakan PC. Kalau di Samsung dan Huawei, anda perlu sangkutkannya pada paparan luaran.

Di sebalik badan boleh lipat, tersemat SoC Snapdragon 888. Untuk mengawal selia penghasilan haba semasa beroperasi, Xiaomi gunakan kombinasi penyejuk berasaskan cecair, grafin, gel dan kepingan grafit.

Untuk pengimejan, Mix Fold ada trikamera belakang yang gunakan kombinasi kamera 108MP, 13MP (ultralebar), dan 8MP (telephoto). Pada kamera telefoto, komponen lensa unik telah digunakan. Inilah kali pertama telefon menggunakan lensa berasaskan cecair. Manfaat menggunakan lensa jenis ini ialah ia mampu capai zum optikal 3x tanpa perlu lensa yang tebal.

Bila berswafoto, pengguna boleh manfaatkan kamera 20MP yang ada di bahagian paparan sekunder.

Ada dua bateri berada dalam telefon ini dan ia membekalkan sejumlah 5,020mAh tenaga. Untuk mengisinya, pengecas 67W boleh digunakan dan isian penuh mengambil masa 37 minit sahaja.

[Sumber: Xiaomi]

Tags: mi mix foldxiaomiXiaomi mi mix fold
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Mi Mix Fold, alternatif Galaxy Z Fold 2 paling murah setakat ini

Mi Mix Fold, alternatif Galaxy Z Fold 2 paling murah setakat ini

31 March 2021
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER