• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

8bitdo Pro 2 gamepad RM200 yang ada fungsi macam produk premium

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:02 pm
  • 06/04/2021
  • Komen
8bitdo Pro 2 gamepad RM200 yang ada fungsi macam produk premium
Share on FacebookShare on Twitter

Gamepad 8Bitdo SN30 Pro+ terkenal dalam kalangan pemilik konsol permainan Nintendo terutamanya Switch kerana ia menyerupai pad kawalan Nintendo klasik.

Disebabkan ia ada sambungan Bluetooth, asasnya gamepad ini boleh digunakan di mana-mana daripada PC/Mac, Android/iOS, ataupun PS5/Xbox/Switch.



Mereka ada satu produk baru yang kini sedang dibuka tempahannya iaitu 8Bitdo Pro 2. Di A.S sana, ia dijual pada harga USD50 (RM206). Untuk perbandingan, model lama SN30 Pro+ dijual pada harga USD45 (RM186).

Di Malaysia, ada banyak pengimport yang menjualnya pada harga sekitar RM150-RM200. Jadi anda bolehlah jangkakan harga Pro 2 hampir serupa setibanya di sini.



Spesifikasi 8Bitdo Pro 2

Gamepad ini ada 22 butang yang boleh disuaikan inputnya melalui APP telefon pintar ataupun daripada komputer.

Ia ada:

  • 8 butang D-Pad
  • 4 butang utiliti
  • 2 tuil analog dengan butang L3 dan R3
  • 4 butang bahu dengan dua daripadanya peka tekanan
  • 2 butang di bahagian belakang pad

Pengguna juga akan temui suis untuk ubah mod bila mereka gunakan gamepad di platform yang berbeza.

Bateri berkapasiti 1,000mAh diberikan padanya dan ia dicas melalui port USB-C. Ia menggunakan penyambungan Bluetooth 4.0 ataupun boleh digunakan secara berkabel bila ditambat pada konsol permainan.

Bezanya dengan 8bitdo Pro 2 dengan SN30 Pro+ ialah model terdahulu tiada butang belakang dan butang untuk ubah mod.

Anda boleh melayari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: 8bitdo8bitdo Pro 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

8bitdo Pro 2 gamepad RM200 yang ada fungsi macam produk premium

8bitdo Pro 2 gamepad RM200 yang ada fungsi macam produk premium

6 April 2021
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER