Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Arahan “Hey Spotify” boleh diguna untuk cari lagu kegemaran anda

Pembangun Spotify kini telah aktifkan satu fungsi baru pada platform penstriman muzik itu. Ia membolehkan arahan suara diberikan bagi memilih lagu dan mengawal mainannya.

Bila diperiksa APP Spotify pada telefon saya, fungsi itu masih tiada. Pastinya ia adalah pelepasan secara berkala dan pastikan APP Spotify anda dikemas kini senantiasa untuk dapatkannya.

Bagi yang sudah terima, akan ada satu notifikasi memberitahu pengguna berkaitannya dan ia boleh diaktifkan dalam ruangan Setting, di bahagian sekitar About. Fungsinya seperti bertindan dengan Google Assistant dan juga Siri.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan yang bila anda gunakan fungsi ini, anda membenarkan Spotify menggunakan mikrofon pada telefon untuk mendengar arahan suara. Makanya, aka nada satu lagi pihak yang punyai akses untuk mendengar audio yang berada di sekitar anda.

Suber: GSMArena