• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Acara pertama Apple tahun ini diumum, iPad Pro baru dijangka muncul

  • OLEH Najib
  • 12:20 pm
  • 14/04/2021
  • Komen
Acara pertama Apple tahun ini diumum, iPad Pro baru dijangka muncul
Share on FacebookShare on Twitter

Apple akhirnya mendedahkan tarikh majlis rasmi mereka yang pertama untuk tahun ini. Ia akan diadakan pada 20 April 2021, pukul 1 petang waktu New York, bersamaan pukul 1 pagi pada 21 April 2021 waktu Malaysia.

Seperti sebelumnya, Apple Event akan diadakan secara maya dan boleh ditonton secara langsung atas talian. Anda boleh menontonnya menerusi laman web Apple, aplikasi Apple TV, dan di YouTube Apple.



Apple tidak berkongsi lanjut mengenai apakah yang bakal diumumkan pada acara tersebut. Tetapi ia boleh dijangkakan dari pelbagai laporan sebelum ini.

Apple khabarnya akan melancarkan banyak produk pada 20 April nanti. Antara yang akan membuat kemunculan adalah barisan tablet iPad Pro yang baharu, dilengkapi paparan mini LED dan pemproses baharu.



Produk audio baharu juga akan diperkenal, Airpods 3 dan Airpods Pro 2. Ada juga dikatakan Apple TV yang diperbaharui perkakasnya akan turut dilancarkan.

Apple kini dalam proses melengkapi semua komputer mereka dengan pemproses baharu, Apple Silicon. Ia dikatakan akan diperkenal untuk iMac dalam acara ini. Apple AirTags yang sudah hampir 2 tahun diperkatakan, mungkin tiba nanti.

Jika dilihat dari khabar ini, ada banyak produk yang akan dilancarkan Apple. Adakah semua ini menepati jangkaan? Nantikan laporan kami pada 21 April nanti.

[Sumber: 9to5mac]

Tags: apple
Najib

Najib

POPULAR

Acara pertama Apple tahun ini diumum, iPad Pro baru dijangka muncul

Acara pertama Apple tahun ini diumum, iPad Pro baru dijangka muncul

14 April 2021
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN