• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lazada sedia penghantaran hari sama juadah berbuka puasa di beberapa lokasi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:10 pm
  • 15/04/2021
  • Komen
Lazada sedia penghantaran hari sama juadah berbuka puasa di beberapa lokasi
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai langkah merangsangkan perniagaan penjaja-penjaja kecil dan membolehkan masyarakat tempatan berbuka puasa dengan juadah dari gerai kegemaran, Lazada menganjurkan pesta makan dalam talian yang dikenali sebagai Lazat Bazaar.

Melaluinya juga, dari 13 April hingga 13 Mei, Lazada akan menyediakan khidmat penghantaran hari sama bagi pesanan makanan yang dimasak dan disediakan terus dari pasar di kawasan tertentu di Lembah Klang.



Pesanan yang dibuat sebelum 4 petang akan dihantar pada hari yang sama pada 7 malam. Jika dipesan selepas 4 petang, makanan akan dihantar pada hari esok.

Pengguna Lazada boleh memesan hidangan panas dan produk bakeri segar jika berada dalam kawasan liputan peniaga. Ia berdasarkan poskod yang dipaparkan di laman bazar dan juga yang tertera di bawah:



  • Shah Alam: 40000, 40100, 40170, 40200, 40150, 40300
  • Subang Jaya: 47600, 47500, 47601, 47610, 47620, 47630, 47640, 47650
  • TTDI: 60000, 52200, 47820, 47800, 47400, 47300, 50603, 50480, 50490, 59200, 59100, 59000

Selain itu, pembeli dalam talian juga boleh menikmati potongan harga sehingga 50% dan tawaran Beli 1 Percuma 1 untuk ramuan segar, barangan runcit dan baucar diskaun di Lazat Bazaar. 

Cara beli juadah berbuka di Lazada

Untuk melakukan pesanan juadah berbuka, anda boleh ikut cara di bawah:

  1. Taip kata kunci “Lazat Bazaar” atau tekan pautan ini.
  2. Pilih menu makanan di dalam kawasan anda berdasarkan poskod.
  3. Lakukan pembayaran.

Pakej rangsangan Pintar Niaga

Lazada juga ada melancarkan pakej rangsangan Pintar Niaga dengan yuran 0% untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Melaluinya, peniaga boleh dapatkan kemudahan inovatif ‘Seller Centre’ (Pusat Penjual), kredit iklan RM300 secara percuma, slot pendedahan percuma, insentif baucar penghantaran percuma, sokongan khas 90 hari, dan banyak lagi. 

Jika anda berminat untuk mendaftar sebagai penjual baharu, anda boleh mendaftar menerusi pautan ini.

Tags: Lazada
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Lazada sedia penghantaran hari sama juadah berbuka puasa di beberapa lokasi

Lazada sedia penghantaran hari sama juadah berbuka puasa di beberapa lokasi

15 April 2021
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN