• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno 5F sedia diskaun RM100 dan pelbagai hadiah percuma

  • OLEH Najib
  • 11:37 am
  • 16/04/2021
  • Komen
Oppo Reno 5F sedia diskaun RM100 dan pelbagai hadiah percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijadualkan, Oppo telah melancarkan model ketiga di dalam keluarga Reno 5. Telefon pintar Reno 5F adalah versi paling murah dalam keluarganya, seriring dengan prestasinya yang lebih rendah.

Tarikan utama pada Reno 5F adalah kemasan warnanya yang menggunakan konsep Rekabentuk Aliran Cahaya untuk warna Fantastic Purple. Bagi yang gemar warna tradisional, boleh mendapatkan warna Fluid Black.



Harga dan tawaran

Oppo Reno 5F dijual di Malaysia pada harga RM1,199, dibekalkan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Ia mula dijual di Malaysia pada 15 April 2021 di Cawangan My OPPO Space, cawangan OPPO, kedai atas talian rasmi OPPO, rakan telco OPPO, pengedar sah OPPO dan rakan e-dagang OPPO.

Tetapi anda boleh mendapatkan diskaun dan hadiah percuma untuk pembelian Reno 5F. Bagi pemilik telefon pintar Oppo dan memiliki keahlian di My Oppo App, boleh tebus kod promosi di dalam aplikasi untuk menikmati diskaun RM100 untuk OPPO Reno 5F. Jika bukan ahli, anda masih boleh mendapatkan kod promosi RM100 ini di mana-mana OPPO Brand Store dan OPPO Official Online Store.



Pembeli Reno 5F juga boleh mendapat kotak hadiah botol air pintar LED dan jurnal bernilai RM99. Selepas pembelian pula, pemilik Reno5 F boleh menebus Kombo Tiket Wayang GSC & Popcorn di dalam My OPPO App.

Spesifikasi

Oppo Reno 5F dikuasakan cip Mediatek Helio P95, bersama RAM LPDDR4x 8GB dan storan dalaman 128GB. Kad mikroSD sehingga 256GB diterima untuk meluaskan storan.

Skrinnya dari jenis AMOLED 60Hz HD Penuh, berukuran 6.43-inci. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin.

Di belakang, ia dilengkapi 4 kamera iaitu kamera utama 48MP F1.7, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera makro 2MP F2.4 dan kamera potret 2MP F2.4. Terdapat lubang di sudut atas skrin, memuatkan kamera hadapan 32MP F2.4.

Tenaga pula disalur dari bateri 4,310mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 30W melalui sambungan USB-C. Sistem operasi ColorOS 11.1 berasaskan Android digunakan di dalam Oppo Reno 5f.

Tags: oppoOppo Reno 5f
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Reno 5F sedia diskaun RM100 dan pelbagai hadiah percuma

Oppo Reno 5F sedia diskaun RM100 dan pelbagai hadiah percuma

16 April 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN