• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PS5 boleh akses storan USB dengan kemas kini baru, tapi ia bukan seperti yang anda jangka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:07 pm
  • 16/04/2021
  • Komen
PS5 boleh akses storan USB dengan kemas kini baru, tapi ia bukan seperti yang anda jangka
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah menyalurkan satu kemas kini besar pada PS5. Salah satu daripadanya ialah kemampuan untuk mengkases storan luaran melalui port USB. Fungsi ini tidak sama dengan storan tambahan melalui slot M.2 yang dikhabarkan akan diaktifkan seawal Jun 2021.

Walau bagaimanapun, fungsi peluasan storan pada PS5 tidaklah seperti yang pengguna harapkan.



Sokongan storan USB

Menurut blog Playstation, fungsi peluasan storan PS5 melalui USB ialah yang membolehkan pengguna memindahkan fail pemasangan masuk kedalam storan luaran. Logik Sony ialah lebih pantas untuk pasang permainaan semula dalam storan utama daripada storan luaran berbanding muat turun semula melalui awan.

Alasan Sony untuk tidak benarkan PS5 mengakses permainan terus daripada storan luar ialah disebabkan konsol generasi baru ini menggunakan SSD berkelajuan ultratiggi. Tapi ramai sedia maklum yang ini juga adalah salah satu langkah Sony melawan lanun.



Berikut ialah keperluan storan USB sekiranya ingin ditambat pada PS5:

  • Kelajuan SuperSpeed USB 5 GBps atau lebih pantas
  • Miliki kapasiti sekurang-kurangnya 250GB dan sehingga 8TB

Share Play merentasi generasi

Fungsi Share Play telah diperkenalkan pada PS5 dan ia juga boleh digunakan bersama PS4. Dengan fungsi ini, pengguna PS5 boleh kongsikan paparan mereka dengan pengguna PS5 dan PS4 lain untuk bermain bersama-sama ataupun memberikan kebenaran si penonton mengawal benda yang ada atas skrin.

Antara muka telah dikemas kini

Perkara penting kini lebih mudah diakses melalui menu Game Base yang telah ditambah baik. Kemudian, pengguna ada kekunci pintas untuk mematikan audio dan suara dairpada pemain lain semasa dalam permainan. Malah, kekuatan bunyi juga boleh diubah untuk setiap pemain.

Sony juga memasukkan fungsi Update Pre-download. Melalui fungsi ini, konsol akan memuat turun fail kemas kini di bahagian latar ataupun semasa berada dalam mode rest. Ada juga fungsi menyembunyikan permainan daripada halaman muka UI serta laman Trophy dan Stats juga telah ditambah baik.

PlayStation APP juga terima fungsi baru

APP Playstation di telefon pintar kini boleh lakukan kawal selia konsol PS5 pengguna. Perkara seperti storan, lihat koleksi trophy, dan sertai sesi online bersama rakan-rakan terus daripada APP boleh dilakukan.

Sumber: Sony, 2

Tags: Sonysony playstation 5sony ps5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

PS5 boleh akses storan USB dengan kemas kini baru, tapi ia bukan seperti yang anda jangka

PS5 boleh akses storan USB dengan kemas kini baru, tapi ia bukan seperti yang anda jangka

16 April 2021
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN