• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelanggan baru dan sedia ada Unifi boleh menang TV 55″, telefon pintar & periuk tekanan setiap hari

  • OLEH Najib
  • 11:17 am
  • 19/04/2021
  • Komen
Pelanggan baru dan sedia ada Unifi boleh menang TV 55″, telefon pintar & periuk tekanan setiap hari
Share on FacebookShare on Twitter

Unifi kini memulakan sambutan Hari Raya dengan peraduan “Syawal Bersama Unifi”. Pengguna Unifi berpeluang untuk memenangi hadiah berupa TV Pintar 55-inci setiap hari, di samping banyak lagi hadiah lain.

Dari 15 April hingga 13 Julai 2021, semua pelanggan baharu Unifi serta pelanggan sedia ada yang menaik taraf pelan, berpeluang untuk memenangi hadiah harian dan hadiah utama yang disediakan Unifi. Setiap pelan dan langganan memberikan peluang untuk menang yang berbeza.



Untuk pelanggan baharu, jika melanggan pelan Unifi 30MBps akan menerima 5x penyertaan cabutan bertuah. Pelan 100Mbps pula memberikan 10x penyertaan. Tetapi bagi pelan 500Mbps + Plus Box, akan menerima 20x penyertaan.

Bagi pelanggan sedia ada, anda boleh menyertai cabutan bertuah ini jika menambah langganan seperti menambah Plus Box yang memberikan 1x penyertaan, melanggan Pek Ultimate yang menerima 5x penyertaan, atau menambah Mesh Wifi M9 yang menyediakan 5x penyertaan.



Selain pelan jalur lebar tetap, langganan baru pelan mudah alih Unifi Mobile juga layak menyertai peraduan ini. Pelanggan baharu pelan Unifi Air dan Unifi Lite juga diberi peluang untuk memenangi hadiah.

Bagi hadiah harian, hadiah yang disediakan berupa:

  1. TV pintar LG 55”, bernilai RM2,799 (x90 hadiah)
  2. Telefon pintar Vivo V20, bernilai RM1,299 (x90 hadiah)
  3. Periuk tekanan Philips, bernilai RM799 (x90 hadiah)
  4. Penggoreng udara Philips, bernilai RM499 (x90 hadiah)
  5. Baucar Shopee, bernilai RM100 (x90 hadiah)

Hadiah utama yang disediakan pula adalah:

  1. TV pintar LG 65”, bernilai RM4,449 (x10 hadiah)
  2. Telefon pintar Vivo X60, bernilai RM2,699 (x20 hadiah)
  3. Pembersih Vakum Tanpa Wayar Philips, bernilai RM2,299 (x20 hadiah)

Khas untuk pendaftaran secara dalam talian di laman web www.unifi.com.my atau aplikasi MyUnifi, 1,000 pendaftaran terawal akan menerima baucar Shopee bernilai RM100.

Nama pemenang akan disiarkan di laman web Unifi. Pemenang juga akan dimaklumkan menerusi emel. Walaupun hadiah disediakan dalam kategori harian dan utama, setiap orang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja. Jika sudah menang hadiah harian, tidak layak lagi memenangi hadiah utama.

Jika anda sedang berfikir untuk melanggan pelan jalur lebar atau menambah langgan Unifi anda, ini adalah masa terbaik untuk melakukannya. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, layari laman web Syawal With Unifi.

Tags: Unifi
Najib

Najib

POPULAR

Pelanggan baru dan sedia ada Unifi boleh menang TV 55″, telefon pintar & periuk tekanan setiap hari

Pelanggan baru dan sedia ada Unifi boleh menang TV 55″, telefon pintar & periuk tekanan setiap hari

19 April 2021
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN