• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YB Khairy kongsi maklumat bercanggah dengan DG Hisham berkaitan COVID-19

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:46 pm
  • 19/04/2021
  • Komen
YB Khairy kongsi maklumat bercanggah dengan DG Hisham berkaitan COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Bagaimanalah rakyat ingin percayakan kerajaan sekiranya maklumat yang keluar daripada dua orang kerajaan yang berbeza, berbeza? Pada 17 April 2021 lalu, DG Hisham ada mengutuskan satu maklumat berkaitan petugas barisan hadapan yang dijangkiti COVID-19, walaupun telah melengkapkan program imunisasi.

Apa yang DG Hisham kata?

Sumber

Menurut beliau:



  • 40 petugas barisan hadapan dijangkiti COVID-19 selepas menerima dos kedua vaksin.
  • 9 daripadanya dijangkiti selepas 2 minggu daripada tarikh terima dos kedua, manakala 31 lagi dalam tempoh 2 minggu penerimaan dos kedua.
  • 142 orang lagi dijangkiti sebelum mereka menerima dos kedua vaksin.
  • 244 orang lagi dijangkiti sebelum mereka mulakan dos pertama program pemvaksinan.

Beliau juga memaparkan carta pai dengan tajuk “Bilangan Petugas Kesihatan dengan COVID-19 berdasarkan Status Pemvaksinan COVID-19” dengan julat masa antara 7 Mac 2021 hingga 15 April 2021.

Apa yang beliau cuba ingin sampaikan ialah, vaksin berkesan untuk mengelakkan simptom terus akibat COVID-19 tapi tidak menghalang jangkitan. Makanya, orang ramai perlu kekal mengamalkan SOP walaupun telah divaksinkan.



Apa yang YB Khairy kata?

Sumber

YB Khairy terus menyelar golongan anti-vaksin kerana menyebarkan berita tentang ketakberkesanan vaksin. Di mengatakan yang:

31 daripada 40 petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 belum menerima dua dos vaksin COVID-19. Sistem imun kita hanya berada pada keadaan paling bersedia memerangi COVID-19 DUA MINGGU selepas dos KEDUA. Baru dikatakan FULLY VACCINATED.

Sedangkan menurut status DG Hisham, 40 petugas tersebut sudahpun terima dos kedua vaksin dan dia juga menggariskan yang seseorang individu hanya dianggap telah divaksinkan selepas 2 minggu.

Kami telahpun menghubungi YB Khairy untuk penjelasan.

Amalan pelaporan tepat diperlukan untuk membina kepercayaan

Ada beberapa lagi pelaporan kurang tepat sedang berleluasa tentang menghebahkan berita COVID-19. Paling ketara ialah tentang jumlah orang yang divaksin.

I dunno why @bernamadotcom keeps repeating basic mistakes in reporting on the Covid vaccination program.

Doses administered isn’t the same as people vaccinated.

Only 653,531 ppl have been vaccinated so far, or received at least 1st dose, out of which 425,164 ppl got 2nd dose. pic.twitter.com/wZGAe4AEqS

— Boo Su-Lyn (@boosulyn) April 16, 2021

Setakat 18 April 11:59 malam, seramai 443,029 individu telahpun melengkapkan program imunisasi mereka.

Tags: COVID-19Vaksin Covid-19
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

YB Khairy kongsi maklumat bercanggah dengan DG Hisham berkaitan COVID-19

YB Khairy kongsi maklumat bercanggah dengan DG Hisham berkaitan COVID-19

19 April 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN