• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fitbit Luxe, jam kecergasan bergaya dengan rekaan mewah

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:48 pm
  • 20/04/2021
  • Komen
Fitbit Luxe, jam kecergasan bergaya dengan rekaan mewah
Share on FacebookShare on Twitter

Fitbit memperkenalkan Fitbit Luxe iaitu jam kecergasan dan penjejak kesihatan terbarunya yang bergaya sesuai untuk wanita. Ia direka untuk pelbagai ukuran pergelangan tangan, warna kulit, dan gaya hidup untuk pemakaian 24/7.

Spesifikasi

Luxe merupakan jam penjejak Fitbit yang hadir dengan skrin AMOLED dan ia mempunyai kecerahan skrin automatik yang disesuaikan dengan sensor cahaya sekitar. Ia mampu tahan air sehingga 50 meter dalam.



Hayat bateri jam ini boleh bertahan sehingga 5 hari bergantug kepada penggunaan. Manakala memori di dalamnya pula boleh menyimpan data selama 7 hari dengan terperinci. Selain itu, ia menggunakan Bluetooth 4.2.

Untuk menggunakan produk dan perkhidmatan Fitbit, anda perlu ada aplikasi Fitbit pada peranti yang serasi dengan salah satu sistem operasi berikut



  • Apple iOS 13.3 ke atas
  • Android OS 8.0 ke atas

Rekaan

Fitbit Luxe didatangkan dengan 3 warna iaitu:

  1. Grafit
  2. Platinum
  3. Emas lembut

Kesemua tali dibuat dari material silikon.

Selain itu, ia juga boleh digayakan dengan aksesori gelang mewah yang moden dari Gorjana. Gelang ini dihasilkan dari keluli tahan karat dan dilengkapi dengan jalur silikon peony.

Ciri dalam Fitbit Luxe

1. Pengurusan tekanan

Jam ini akan menjejak tanda-tanda tekanan fizikal anda dan akan memberi skor tekanan itu dari 1-100.

2. Penjejakan tidur dan skor tidur.

Ia akan mengetahui trend dan kualiti tidur anda setiap malam. Anda boleh lihat skor tidur pada setiap pagi selepas bangun tidur. Anda juga boleh menetapkan penggera yang senyap di jam ini. Ia akan membangunkan anda dengan getaran lembut sehingga 30 minit sebelum waktu bangun yang anda sudah tetapkan.

3. Pengesanan degupan jantung 24/7

Luxe mempunyai pengesanan degupan jantung berterusan 24/7, yang membolehkan ia memberi gambaran peribadi mengenai kesihatan keseluruhan anda. Ia termasuklah skor kecergasan kardio dan tahap tidur. Denyut jantung anda juga memberi maklumat kepada metrik kesihatan seperti kadar pernafasan dan kadar degupan jantung.

4. Minit Zon Aktif (Active Zone Minute – AZM).

AZM adalah cara untuk mengukur aktiviti fizikal. Ia menggunakan penjejak denyut jantung PurePulse 24/7 dan secara automatik mengira zon aktif berdasarkan kadar denyut jantung dan usia anda.

Harga

Anda boleh dapatkan Luxe di Malaysia dengan harga RM648 pada Jun 2021 dengan enam bulan Fitbit Premium percuma. Ia akan tersedia di All IT Hypermarket, Best Denki, Flash Gadget, Harvey Norman, Lazada, Shopee, Thunder Match, dan Timekeeper.

Aksesori Luxe berharga antara RM168 hingga RM208. Manakala tali edisi khas Gorjana akan tersedia pada akhir bulan Jun 2021 dengan harga RM928 di peruncit terpilih sahaja.

Tags: FitbitFitbit Luxe
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Fitbit Luxe, jam kecergasan bergaya dengan rekaan mewah

Fitbit Luxe, jam kecergasan bergaya dengan rekaan mewah

20 April 2021
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN