• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Note FE yang berusia 4 tahun terima kemaskini keselamatan April 2021

  • OLEH Najib
  • 6:13 pm
  • 20/04/2021
  • Komen
Galaxy Note FE yang berusia 4 tahun terima kemaskini keselamatan April 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung sebelum ini telah memberi jaminan bahawa mereka akan menyediakan kemaskini keselamatan selama 4 tahun dan kemaskini sistem operasi sebanyak 3 generasi, untuk peranti Android keluaran mereka. Kini ada dilaporkan bahawa telefon Samsung yang telah dilancarkan 4 tahun lepas, telah menerima kemaskini keselamatan terbaru.

Galaxy Note FE adalah pengganti kepada Galaxy Note 7 yang dibelenggu masalah bateri. telah dilancarkan pertama kali pada tahun 2017. Baru-baru ini, Sammobile menemui bahawa Samsung telah melepaskan kemaskini April 2021 untuk peranti tersebut.



Kemaskini ini telah dikeluarkan untuk Galaxy Note FE (SM-N935F) di Kemboja, Indonesia, Filipina, Arab Saudi, Thailand, Vietnam dan juga Malaysia. Ia mengemaskini firmware kepada N935FXXS8CUD1 dan menampal pelbagai kerentanan yang terdapat di dalam Android serta perisian Samsung sendiri.

Jika anda masih menggunakan Galaxy Note FE dan belum menerima notis kemaskini terbaru, anda boleh menyemaknya dengan pergi ke Settings > Software Update > Download and Install.



Semasa dilancarkan 4 tahun lepas, Galaxy Note FE datang bersama sistem operasi Android 7.0. Ia menerima kemaskini OS terakhir pada tahun 2019, iaitu Android 9 dengan antaramuka baru One UI. Dengan kemaskini terbaru ini, ia memberikan nafas semula kepada peranti lama ini untuk diperbaiki perisian dan OS.

Galay Note FE adalah peranti terakhir dari siri Galaxy Note dengan pengimbas capjari optikal terletak di bawah skrin. Ia mengekalkan rekaan Galaxy Note 7 dan diubah di bahagian bateri, menerima bateri dengan kapasiti lebih kecil 3,200mAh berbanding 3,400mAh di Note 7.

[Sumber: Sammobile]

Tags: samsungsamsung galaxy note fe
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy Note FE yang berusia 4 tahun terima kemaskini keselamatan April 2021

Galaxy Note FE yang berusia 4 tahun terima kemaskini keselamatan April 2021

20 April 2021
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN