• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iMac M1 baru 50% lebih nipis, kembali ke fesyen lama Apple penuh warna-warni

  • OLEH Najib
  • 2:30 am
  • 21/04/2021
  • Komen
iMac M1 baru 50% lebih nipis, kembali ke fesyen lama Apple penuh warna-warni
Share on FacebookShare on Twitter

Apple mengadakan satu acara pelancaran awal pagi ini, mendedahkan ahli terbaru komputer mereka menggunakan cip Apple Silicon. Komputer iMac kini hadir dengan SoC M1, memberikan kuasa lebih hebat dengan banyak pembaharuan.

Walaupun rupanya seperti tidak banyak berbeza, iMac M1 sebenarnya lebih nipis 50% dari model sebelumnya. Ketebalannya kini hanya 11.5mm sahaja.



iMac lama (kiri) dan iMac M1 (kanan)

Ini kerana cip M1 menggabungkan semua pemproses berbeza seperti CPU & GPU dalam satu cip, menjadikannya kurang menghasilkan haba dan penggunaan papan litar lebih kecil. Ia juga menggunakan sistem penyejukan lebih kecil dan senyap untuk menyingkirkan haba.

Seterusnya, iMac M1 hadir dalam 7 warna warni yang sangat segar dan bertenaga. Ia mungkin tidak menarik untuk kegunaan profesional. Tetapi pasti menjadi pilihan remaja dan belia.



Warna-warni ini turut hadir ke dalam Magic Keyboard, Magic Mouse dan Magic Trackpad. Menariknya, Apple menghasilkan papan kekunci Magic Keyboard baru, dengan butang khas emoji serta pengimbas capjari Touch ID. Daftar masuk boleh dibuat dengan mudah menggunakan cap jari.

Skrin iMac M1 juga lebih besar, berukuran 24-inci sambil mengekalkan saiz badan hampir sama. Resolusi paparan ini juga sangat tajam, setinggi 4.5K.

Kecanggihan iMac M1 ditambah dengan kamera baru 1080p, dwi-mikrofon, serta 6 pembesar suara dengan sokongan teknologi audio spatial.

Kabel kuasa juga diperbaharui, kini dengan kabel magnetik seperti Magsafe. Tiada port network di belakang, tetapi ia boleh disambung menerusi kabel kuasa. Terdapat 4 port USB-C dan 2 darinya menyokong Thunderbolt 4.

Harga

Apple iMac M1 akan mula berada di pasaran pada pertengahan bulan Mei 2021, dengan tempahan awal dari 30 April 2021. Bagaimanapun, ketibaannya di Malaysia masih belum diketahui.

Tetapi harga iMac M1 telah tersenarai di laman web Apple Malaysia. Harga Apple iMac M1 di Malaysia bermula dari RM5,599 dengan 4 pilihan warna. Untuk prestasi lebih tinggi, sokongan perkakas lebih banyak dan sehingga 7 pilihan warna, ia berharga RM6,449 dengan storan 256GB dan RM7,249 dengan storan 512GB.

Tags: appleApple iMac
Najib

Najib

POPULAR

iMac M1 baru 50% lebih nipis, kembali ke fesyen lama Apple penuh warna-warni

iMac M1 baru 50% lebih nipis, kembali ke fesyen lama Apple penuh warna-warni

21 April 2021
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN