• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM sekat 2,195 laman web & tutup 197,65 talian telefon yang promosi judi dalam talian

  • OLEH Najib
  • 6:29 pm
  • 22/04/2021
  • Komen
SKMM sekat 2,195 laman web & tutup 197,65 talian telefon yang promosi judi dalam talian
Share on FacebookShare on Twitter

Selain mengambil tindakan terhadap video yang mempromosikan judi dalam talian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut mengambil tindakan terhadap ribuan laman web judi dalam talian, serta talian telefon yang disalahgunakan untuk aktiviti terlarang ini.

Sehingga Mac 2021, sebanyak 2,195 laman web yang didapati mempromosikan judi dalam talian, telah disekat aksesnya berdasarkan kepada permohonan rasmi yang dikemukakan oleh PDRM dan maklumat orang awam. Kesalahan ini selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.



Bagi menghalang penyalahgunaan perkhidmatan telekomunikasi, sebanyak 19,765 talian telefon telah ditamatkan atas kesalahan spam SMS yang mempromosikan judi dalam talian dan pinjaman tidak berlesen. SKMM juga telah menjalankan audit pengesahan data pelanggan talian telefon prabayar, bagi memastikan semua nombor yang aktif disahkan dengan sewajarnya dan tidak disalahgunakan untuk kegiatan seperti judi dalam talian.

SKMM turut bekerjasama dengan pihak penyedia platform media sosial yang berpangkalan di luar negara seperti Facebook, Twitter, dan YouTube, untuk menurunkan kandungan sedemikian mengikut terma perkhidmatan serta piawaian komuniti yang ditetapkan oleh pihak mereka. SKMM akan meneruskan kempen bagi memupuk kesedaran dan kewaspadaan orang ramai, agar tidak terjebak dengan kegiatan judi dalam talian.



SKMM mengingatkan semua pengguna media sosial agar lebih bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan kandungan-kandungan yang mempromosikan perjudian dalam talian yang kerana ia hanya membantu mempromosi secara tidak langsung dan boleh memudaratkan masyarakat Malaysia. Sekiranya terjumpa, para pengguna digesa untuk melaporkan secara terus kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

[Sumber: SKMM]

Tags: SKMM
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
SKMM sekat 2,195 laman web & tutup 197,65 talian telefon yang promosi judi dalam talian

SKMM sekat 2,195 laman web & tutup 197,65 talian telefon yang promosi judi dalam talian

22 April 2021
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER