• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Black Shark 4 tiba di Malaysia, tempahan awal sedia cenderahati Mobile Legends

  • OLEH Najib
  • 12:28 pm
  • 25/04/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama telefon pintar gaming, Black Shark akan membawakan model terbaru mereka ke Malaysia tidak lama lagi. Bagaimanapun, hanya satu model dinyatakan akan tiba iaitu Black Shark 4, tiada versi Pro.

Tempahan awal Black Shark 4 di Malaysia kini diumumkan akan dibuka dari 28 April sehingga 4 Mei 2021. Terdapat dua varian Black Shark 4 akan dijual di sini dengan harga seperti berikut:



  • Black Shark 4 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,299
  • Black Shark 4 (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM2,799

Kepada yang berminat, tempahan awal Black Shark 4 boleh dibuat menerusi Stor Rasmi Black Shark di Shopee. Terdapat dua warna boleh dipilih, antara Hitam dan Kelabu.

Seperti biasa, tempahan awal ini akan datang dengan beberapa hadiah percuma iaitu:



  • Perlindungan skrin 1-tahun
  • Black Shark Carry Case
  • Lapik tetikus Gaming Black Shark
  • Kaca Black Shark 4 Tempered Glass
  • Topeng Muka Black Shark
  • Cenderahati Mobile Legends MPL (Ultimate Esports Box + Hero Fragments (20) + Magic Dust (200) + “hahaha” emote (7 day trial card) + peluang menang skin kekal bernilai 899 diamond)

Spesifikasi

Sebenarnya, Black Shark 4 tidak banyak berbeza dari Black Shark 4 Pro. Paling utama, ia memiliki kuasa dan prestasi yang sedikit berbeza, kerana dilengkapi cip Snapdragon 870, bukannya Snapdragon 888. Jenis RAM dan storan sama iaitu RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1.

Skrin di Black Shark 4 berukuran 6.67-inci dari jenis AMOLED HD Penuh, dengan kadar penyegaran 144Hz dan kadar sentuhan 720Hz. Tetapi pengimbas capjari bukan di dalam skrin sebaliknya terletak di tepi, digabungkan dengan butang kuasa.

Baterinya sebesar 4,500mAh jenis dwi-sel dan menyokong pengecasan pantas 120W yang dijual berasingan. Di dalam kotak, ia datang bersama pengecas 67W. Sistem operasi pula menggunakan JOYUI 12.5 OS dan menyokong talian 5G serta WiFi 6.

Ciri-ciri telefon gaming yang terdapat di Black Shark 4 adalah seperti pembesar suara stereo, jek audio 3.5mm dan butang bahu mekanikal boleh sembunyi yang pertama kali diperkenal di Black Shark 3 Pro. Jadi, peminat tidak perlu membeli versi Pro kerana Black Shark 4 pun ada butang bahu mekanikal ini.

Bagi mengambil gambar, terdapat 3 kamera belakang iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 5MP. Kamera hadapan pula 20MP, terletak di dalam lubang di atas skrin.

Tags: black sharkblack shark 4
Najib

Najib

POPULAR

Black Shark 4 tiba di Malaysia, tempahan awal sedia cenderahati Mobile Legends

25 April 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN